NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKPD 21 lokaliti di Terengganu, 2 di Sabah


KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 21 lokaliti dalam tiga mukim di Terengganu dan dua lokaliti di Sabah, bermula Selasa ini hingga 16 Ogos depan.

Sembilan lokaliti PKPD di Terengganu berada dalam Mukim Kuala Dungun, Mukim Sura, Dungan (11) dan Mukim Jabi, Besut (satu).

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata PKPD di Mukim Kuala Dungun terdiri Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar.

"PKPD di Mukim Sura pula adalah Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang.

"Satu lagi lokaliti PKPD adalah Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan di Mukim Jabi, Besut," katanya dalam kenyataan hari ini.

- BH

Beliau berkata, PKPD turut dilaksanakan di Perumahan Ladang Hibumas 2, Mukim Sungai-Sungai, Beluran dan Kampung Tagibang, Kota Marudu, Sabah.

Prosedur operasi standard (SOP) semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo