Responsive Ad Slot

Persidangan dun Johor tangguh lagi sehingga 6 September


JOHOR BAHRU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang baru berlangsung dua hari, sekali lagi ditangguhkan bermula esok untuk penilaian risiko COVID-19.

Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat ketika mengesahkan perkara itu berkata persidangan tersebut akan disambung semula pada 6 dan 7 Sept ini.

"Penangguhan itu adalah selaras dengan penilaian risiko semasa yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan ia ditangguhkan mengikut Peraturan Tetap Bilangan 7 (3) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Negeri Johor," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Beliau berkata setakat ini, terdapat tiga kes positif COVID-19 dikenal pasti di persekitaran dewan berkenaan sejak 12 Ogos lepas, manakala dua orang didapati bergejala dan 39 sedang menjalani kuarantin.

Suhaizan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tiga individu yang didapati positif itu

Semalam, seramai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN ke-14 itu atas faktor keselamatan dalam mengekang penularan COVID-19.

Sebelum ini, persidangan DUN yang dirasmikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 12 Ogos, ditangguhkan selama seminggu sebelum bersambung semula semalam susulan penilaian risiko COVID-19.

Sumber : BERNAMA


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo