NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Benarkah batu 'Hajar Aswad' dari Syurga?


Hajar Aswad : Benarkah Dari Syurga?

Hajar dari bahasa arab yang bermaksud batu manakala aswad pula bermaksud hitam. Maka hajar aswad artinya batu yang hitam.

Ketika Nabi Ibrahim a.s. membina Kaabah terjadi kekurangan sebiji batu. Lalu disuruh akan Nabi Ismail a.s. untuk mencari sebiji batu lalu dibawa olih Nabi ismail a.s. akan sebiji batu yang ialah batu yg sampai ke hari ini dikenali sebagai hajar aswad sebagaimana diceritakan olih Imam Ibnu Kathir didalam tafsirnya.

Memang benar asal usul hajar aswad ini dari syurga sebagaimana sabda Rasulullah saw :

Ł†َŲ²َŁ„َ Ų§Ł„ْŲ­َŲ¬َŲ±ُ Ų§Ł„ْŲ£َŲ³ْŁˆَŲÆُ Ł…ِŁ†ْ Ų§Ł„ْŲ¬َŁ†َّŲ©ِ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ų£َŲ“َŲÆُّ ŲØَŁŠَŲ§Ų¶ًŲ§ Ł…ِŁ†ْ Ų§Ł„Ł„َّŲØَŁ†ِ ŁَŲ³َŁˆَّŲÆَŲŖْŁ‡ُ Ų®َŲ·َŲ§ŁŠَŲ§ ŲØَŁ†ِŁŠ Ų¢ŲÆَŁ…َ

artinya : “Telah turun batu hitam ini daripada syurga. Dan ia lebih putih dari susu. Maka telah menghitamkannya olih kesalahan umat manusia." (Hadith Tirmizi)

Dan siapa yang menyentuh hajar aswad dalam keadaan beriman akan dihapuskan dosanya sebagaimana hadith daripada Ibnu Umar r.a. katanya : rasulullah saw beresabda :

Ų„ِŁ†َّ Ł…َŲ³ْŲ­َŁ‡ُŁ…َŲ§ ŁŠَŲ­ُŲ·َّŲ§Ł†ِ Ų§Ł„ْŲ®َŲ·ِŁŠŲ¦َŲ©َ

artinya : “Sesungguhnya menyentuh hajar aswad dan rukun Yamani itu bolih meghapuskan dosa.." (Hadith Nasaaie)


Dan diriwayatkan bahawa hajar aswad boleh berkata-kata dimana ia akan menjadi saksi siapa yang menyentuhnya.

Rasulullah saw bersabda :

ِŲ„Ł†َّ Ł„ِŁ‡َŲ°َŲ§ Ų§Ł„ْŲ­َŲ¬َŲ±ِ Ł„ِŲ³Ų§َŁ†Ų§ً Łˆَ Ų“َŁَŲŖَŁŠْŁ†ِ ŁŠَŲ“ْŁ‡َŲÆُ Ł„ِŁ…َŁ†ْ Ų§Ų³ْŲŖَŁ„َŁ…َŁ‡ُ ŁŠَŁˆْŁ…َ Ų§Ł„ْŁ‚ِŁŠَŲ§Ł…َŲ©ِ ŲØِŲ­َŁ‚ٍّ

artinya : "Bahawsanya batu ini mempunyai lidah dan bibir yang akan menjadi saksi siapa yang telah menyentuhnya pada hari kiamat nanti." (Hadith Ibnu Hibban)

waalahua'lam

Sumber : FB UAI
............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo