NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Memoir Setahun 5 bulan di Aras 9 dan RUU355


Memoir Setahun 5 bulan di Aras 9 dan RUU355.

Banyak kali fikir nak share ke tak catatan ni. Segan nak share sebenarnya. Tapi mana tahu ada kebaikan kalau dikongsikan. Jadinya, ini sebahagian daripada catatan perjalanan sepanjang 1 tahun 5 bulan kebelakangan ini. 

It's an unprecedented honour to be able to be there. Sesuatu yang tak pernah mimpi pun untuk terjadi dan mungkin dah tak akan berulang. 

Saya letakkan diri saya sebagai seorang yang bertuah dipilih untuk bersama orang-orang hebat ini. Walaupun Allah dan saya lebih tahu betapa saya tak layak berada di sini. 

Untuk kawan-kawan yang kenal saya, ramai yang tanya saya kerja apa? Kerja kat mana? Memanjang outstation. Jawapannya ada dalam tulisan ini. Lama saya simpan, sebab sedar tak layak untuk berada dan berbangga di posisi ini. 

14 Mac 2020, saya terima panggilan dari seorang ahli Parlimen yang pernah saya bantu buat sedikit kajian di Parlimen. Beliau tawarkan saya untuk membantu gerak kerja di Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). 

Terkedu. Saya tak pernah rasa saya layak berada di situ. Too much flaws. 

18 Mac 2020 - 15 Ogos 2021

Bukan sikit pahit manis yang dilalui sepanjang bekerja. Dengan drama-drama di sepanjang perjalanan. Berapa kali nak resign. Berapa kali dah tender dan dah pack barang pun. Drama much. Muak dan rimas dengan politik negara, antaranya. 

Saya tak berhasrat untuk terlalu menyebut kebaikan demi kebaikan seorang manusia biasa. Namun begitu, banyak yang saya pelajari melalui akhlak seorang ketua.

Antara yang agak rare, beliau tak pernah memandang jantina sebagai penghalang atau kayu ukur. Jarang jumpa golongan 'Islamis' lelaki sebegini. Selalu juga kami bekerjasama dengan golongan yang tak henti memandang rendah kaum perempuan. 

Bukan sedikit orang hebat yang beliau bawa saya jumpa. Saya diperkenalkan sebagai penasihat undang-undang merangkap pembantu. Beliau akan pastikan saya faham flow isu supaya boleh advise dan bantu beliau untuk langkah seterusnya.

Sepanjang kami di Aras 9, Kompleks Islam Putrajaya, banyak isu yang berkait atau dikaitkan dengan portfolio kami. Isu TH, Sugarbook, RUU355, LGBT, judi, Isu Kalimah Allah, scam poligami, isu mahkamah syariah vs sivil, kartel daging, dll. Terlalu banyak untuk disebut satu persatu.

Banyak kali beliau arahkan saya turut serta mesyuarat dan perjumpaan bersama ahli-ahli Parlimen rentas parti, Menteri Besar, Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri, pengarah jabatan dan agensi penting negara, Tan Sri Khalid Ibrahim mantan MB Selangor dan ramai lagi.


Untuk isu TH dan RCI sahaja, berminggu kami mesyuarat hampir setiap hari, jumpa dengan individu berkaitan dari pelbagai background untuk kumpul maklumat. Bukan pakai sedut sahaja info daripada satu pihak. Mesyuarat sampai malam buta. Kadang pukul 2-3 pagi masih lagi beliau hantar mesej di whatsapp group untuk update isu TH. Siapa yang kata jadi timbalan menteri PAS buat panas kerusi, makan gaji buta semata-mata memang tatau nak habaq pa. Gaji dengan elaun pun berbulan kena potong uuui. 

Dalam kapasiti yang termampu, saya yakin beliau dah lakukan yang terbaik. Tapi faham ja aihh kalau orang dok maki, sebab lumrah bila kita tak tau kerja orang atau bila kita berbeza pandangan, memang kita cenderung untuk mengkritik. 

Watlek watpis dah. Mana kritikan yang membina kita ambil. Tak mau gaduh naaa. 

Ha cerita pasal RUU355 atau nama rasminya RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan). 

Kita semua tahu perkembangannya sangat dinantikan. Bukan sahaja oleh ahli PAS, malahan kawan dan lawan. 

Tidak sedikit usaha yang di bawa. Berkali-kali beliau panggil Penasihat Undang-Undang JAKIM ketika itu untuk berbincang bagi memastikan pindaan RUU355 berada di landasan sebagaimana perancangan. Dan beliau mengikuti rapat setiap perkembangan tersebut. 

Tak dinafikan terdapat halangan dalam membawa RUU355 ini menjadi realiti. Dan pasti tidak boleh sama sekali kita jadikan ia sebagai alasan dari direalisasikan. 

Apapun, setakat hari terakhir kami di portfolio ini, perkara ini masih berjalan sebagaimana di rancang. Masih on track, dengan mengambil kira halangan situasi pandemik. 

Penting untuk kita fahami bersama bahawa, dalam usaha pindaan RUU355, sebagai sebuah undang-undang Persekutuan ia perlu melalui prosedur tertentu antaranya melibatkan rundingan negeri-negeri. Perkara yang diteliti ini pula bersifat teknikal yang mana agak mencabar untuk dibincangkan oleh pakar-pakar secara online. Pun begitu, tetap diusahakan oleh Jawatankuasa dan agensi untuk pastikan pindaan RUU355 berjalan lancar. 

Setakat Mac tahun 2021, pindaan ini dijangka dibentang di Parlimen sekitar pertengahan tahun 2022. 

Jangkaan pindaan selesai diteliti dan dirunding serta melalui beberapa prosedur lain, sebagaimana pernah dibentang dalam Parlimen pada tahun 2020. 

Walau bagaimanapun, mengambil kira keadaan semasa, seperti sidang parlimen yang tertangguh dan keperluan untuk memberi fokus kepada isu yang melibatkan kestabilan negara dan kesihatan rakyat, pasti akan berlaku sedikit sebanyak perubahan.

Namun, perkara-perkara yang perlu diselesaikan sebelum RUU355 ini boleh dibentang di Parlimen, tetap terus berjalan sebagaimana dirancang.


Roadmap ini boleh ditemui dalam Hansard Dewan Rakyat bertarikh 26 November 2020. 

Haa link sekali kita bagi. 


Saya percaya dengan penggemblengan tenaga dan usaha semua pihak rentas parti dan portfolio, perkara ini akan dapat direalisasikan. Terutamanya setelah pandemik ini berjaya di tangani dengan sebaiknya.

Lagi memori semasa bekerja.

Dekat nak raya beliau tanya saya, "Yat, agaknya nak bagi duit raya berapa kat staf semua?" (antara jobscope saya berkaitan urusan kebajikan staf)

Jadi saya sebut satu jumlah yang pada saya besar, dengan justifikasi kewajarannya. Jumlah yang mencecah ribu-ribu. Dan beliau bagi sepertimana yang dicadangkan. Ya, dari akaun peribadinya.

Masa boleh makan ramai-ramai, sebelum PKP, PKPD, PPN bagai ni, beliau tak canggung makan dengan staf. Semua makan sekali. Pegawai kanan ke, staf sokongan ke, semua makan sama-sama.

Masa program dengan orang asli, beliau layan orang asli macam kawan. Menyumpit sama-sama, berprogram sama-sama. 

Dalam keadaan politik dah mula tak menentu, saya ada tanya beliau "YB macam mana?" Beliau kata "Tak ada apa. Ok je. Orang sunnah ini apa pun ketentuan Allah, dia redha". 

Dah tahu kerajaan tengah tak stabil baru ni pun, selamba lagi order pokok hidroponik nak tanam kat Putrajaya. Beliau sebut dalam mesyuarat, "kita ni esok kiamat pun, kalau ada benih di tangan, hari ini kena tanam lagi".

Cuma dalam tenang, ada beliau tanya saya. "Staf ni macam mana? Dia ada kerja tak nanti lepas ni? Minta nombor akaun dia, saya nak masukkan sikit."

Banyak lagi kalau nak cerita. Tak ada nak puji melambung pun. Sekadar berkongsi apa yang jarang orang kongsikan tentang satu sosok dalam PAS. Kalau Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Dato' Tuan Ibrahim, Ustaz Fadhli Shaari ramai sangat dah yang cerita.

Tapi biasalah mana ada manusia sempurna. Bak kata Kak Nazirah mantan SUS Timbalan Menteri Agama zaman kerajaan sebelum ini, kita habaq kat orang yang manis-manis pasal bos kita. Hat lain kita simpan kemas dalam kocek.

Ini sekadar perkongsian untuk kenangan di masa depan. 

Tempat kerja yang sangat saya sayang. Team yang mantap. 

Setiausaha Sulit Kanan, En. Muhaymin yang sentiasa tenang. Banyak saya belajar dari beliau.

Pegawai Tugas-Tugas Khas yang hebat lagi ternama, Ustaz Nushi Dato' Mahfodz.

Kakak PA terchenta, Kak Lily.

Driver yang tak pernah tak lawak, Nazre.

Photographer yang tak berkira, Ikram.

Pegawai media merangkap sahabat rapat saya, Kak M yang muncul sebagai penyelamat di kala saya nak putus asa.

[Kita edit sikit kat sini, pasal ada yang komplen nama depa tak dak, layan je lah. Dah nama pun memoir memang panjang haha]

Wajihah dan Nisa yang sentiasa sudi melayan sis, ampun selalu jerit dari dalam bilik. 

Ariff yang sentiasa smart jettak. Pakai spek hitam walaupun dalam bangunan.

Khuzairi yang selalu belanja makan, tak bagi bayar balik.

Azril yang memang pro sangat port makanan sedap. Mesti nanti rindu lauk kat kedai Mak Cik T_k. 

Ustaz Imran, ensiklopedia hadith yang hebat dan sangat mudah membantu bila kita minta tolong.

Ustaz Khairul yang menceriakan office di hari-hari yang kelam. Popular dengan tagline 'takkan Ustaz nak menipu'. All the best Ustaz untuk master. Semoga lulus cemerrrrlang.

Nazrul yang sentiasa ada dan membantu bila I serabut, I owe you a plate of steak, I know haha. Semoga dipermudahkan urusan nikah kahwinmu. 

Team staf di Pengkalan Chepa yang mudah bbaso, sseney kkiro.

Encik Munib yang sentiasa mudah dihubungi. All the best juga dalam study, moga lulus cemerlang tanpa pindaan. 

Ku Din yang perform sangat buat kerja media. Lajuuuu.

Wae yang sentiasa ada di mana-mana. Rajin terlajak. Haha

Alif yang comel dan pendiam antara ramai-ramai team PC. Tenang sikit rasa ada Alif. Mitok maah blako dih. 

... dan ramai lagi (siapa komplen lagi bolayan hahah, ketahuilah anda semua berjasa dan sentiasa dalam ingatan seorang Hayati. Acah retis). Ok masuk balik mode serius. Ekhem. 
 
Semua pegawai dan kakitangan agensi yang terlalu banyak membantu kami, pihak media dan lain-lain atas kerjasama. 

Terima kasih yang tak terhingga.

Entah bos baca ke tak ni. YB bukan suka baca benda panjang-panjang tak ketahuan ni. Haha. Takpelah. Kalau YB baca, semoga terus berjaya dan fokus dalam perjuangan.


Saya tak nak minta apa pun. Semoga Allah jaga semua. Mohon doakan kestabilan buat negara tercinta di tangan siapa pun. Semoga Allah pandu dan berkati setiap derap langkah mereka. 

Akhir kata, saya hanya kongsikan ini dalam bentuk yang santai. Kalau ada sesiapa rasa nak berbahas ke nak fakta lengkap, atau nak ajak gaduh kerana perbezaan pemikiran, jemput cari orang dan medium lain ya. Saya berlepas diri.

So what's next? In shaa Allah akan tinggalkan 'dunia politik' yang tak pernah terlintas untuk saya jejak pun, dan kembali ke pangkal jalan. Dah rindu nak kembali beraksi dalam bidang. 

Terima kasih semua untuk 1 tahun 5 bulan yang begitu bermakna. Penuh dengan pengalaman yang tak boleh beli di mana-mana. 

Semoga terus maju team walau di mana pun berada. Love chuolls. 

Kata HAMKA, pemimpin ialah mereka yang “Memimpin supaya tegak.
Membimbing supaya dapat berjalan, memapah supaya jangan jatuh! Atau
menarik naik kalau sudah tergelincir jatuh. Tegak ke muka kalau bahaya datang mengancam”. 

Signing off, 
Yat the Drama Queen, 
Mantan Setiausaha Sulit kepada
Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary.

Nota kaki :
Kredit foto kepada semua pemilik asal. Mana-mana gambar yang tak pakai mask etc tu, masa gambar diambil SOP belum diperketatkan.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
( Hide )
  1. Assalamulaikum...
    Rase nok kenal gok tuan punya penulis..
    Sangat terharu...
    Demo memang HEBAT..

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo