NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan pusat lulus RM75 juta bantu Yan, Merbok


YAN - Kerajaan Persekutuan meluluskan RM75 juta bagi membaik pulih sekitar Yan dan Merbok yang mengalami bencana banjir kilat pada 18 Ogos baru ini.

Menurut Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan tersebut termasuk RM50 juta menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi menaik taraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27 kilometer.

"Menaik taraf sistem saliran berjumlah RM5 juta, bina dua jambatan baru sebanyak RM23 juta, pembinaan empangan Sabo berjumlah RM20 juta bermakna semua RM48 juta untuk sistem saliran. Peruntukan Loji Rawatan Air (LRA) Tupah sebanyak RM2 juta. Di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air RM50 juta.

"Lain-lain keperluan lain seperti baik pulih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pelancongan desa, pembaikan infrastruktur air masyarakat, baik pulih kerosakan tanaman padi, dan infrastruktur kecik seperti perbaik jalan dan lain-lain berjumlah RM25 juta, "ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam lawatan kerja rasmi pertamanya sebagai Perdana Menteri hari ini dengan meninjau dan menziarahi penduduk terjejas dalam tragedi banjir lumpur di Yan, di sini.

"Saya harap peruntukan yang diberikan kepada kerajaan negeri Kedah ini dapat membantu menyelesaikan isu yang timbul akibat daripada limpahan air ini kita dapat lakukan dengan segera.

"Saya mahu kerja-kerja pembaikian pulih ini disegerakan kerana ia melibatkan infrastruktur, kalau lambat baiki akan menyebabkan kerosakan lebih teruk sekali gus menjamin kebajikan penduduk yang terjejas ini,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar,YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr. Aminuddin Hassim.

Sumber : FB UPDA


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo