NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mayat keenam mangsa fenomena kepala air di Yan ditemukan masih utuh


Mayat mangsa keenam yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di Yan ditemukan di kawasan sekitar Titi Hayun di Yan pada 1.30 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar berkata mayat Ridwan Poniman, 61, ditemukan pasukan penyelamat kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai dihanyutkan di Titi Hayun.

"Mayat mangsa yang terakhir ini ditemukan di bawah timbunan kayu dan mayat dalam keadaan masih sempurna," katanya ketika ditemui Bernama di pusat gerakan mencari dan menyelamat di Titi Hayun.

Shahnaz berkata seramai 400 anggota pasukan penyelamat termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta polis terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat hari ini.

Katanya mayat Ridwan dihantar ke Hospital Yan untuk bedah siasat.

Beliau berkata sehubungan itu pencarian mangsa hilang dihentikan selepas penemuan mayat terakhir tersebut.

Insiden pada petang Rabu itu turut menjejaskan kira-kira 800 rumah di sekitar daerah Yan dan 200 di Kuala Muda.

- Bernama


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo