NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : Terkini 'Kluster Parlimen', 1 kematian, 9 kes baharu

Parlimen menjalani ujian saringan susulan terdapat dua kes positif Covid-19.
Sembilan lagi kes baharu Covid-19 berkaitan Parlimen dikesan, menjadikan keseluruhan 97 kes setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau turut mengesahkan kematian seorang pegawai tinggi kerajaan yang hadir ke Parlimen dari 26 hingga 29 Julai lalu.

Walaupun Hisham tidak menamakan individu itu, Pegawai Tugas-tugas Khas, Jaimin Samitah kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Guan Dee Koh Hoi meninggal dunia petang semalam. Ia adalah kematian pertama Covid-19 dikaitkan dengan sidang khas Parlimen baru-baru ini.

Hisham dalam kenyataan hari ini berkata, pembantu itu disahkan negatif dalam ujian saringan pra-Dewan Rakyat pada 23 Julai dan ujian saringan RTK-Ag pada 29 Julai lalu. Beliau kemudiannya menunjukkan gejala pada 31 Julai dan disahkan positif.

Keadaannya bertambah teruk dan dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos untuk rawatan lanjut, sebelum bertambah kritikal dan meninggal dunia semalam.

Hisham turut mengesahkan varian Delta dikesan dalam lima sampel daripada kes Parlimen.

Daripada 97 kes berkaitan Parlimen itu, 64 kes daripada ujian saringan pra-Dewan Rakyat, 25 kes daripada ujian saringan semasa persidangan dan lapan kes hasil saringan pra-Dewan Negara.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo