NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli MKT Umno ditipu berulang kali oleh Zahid - Tun Faisal

Tun Faisal Ismail Aziz
SHAH ALAM - Penyebaran audio dan video mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru didakwa ada kaitannya dengan penipuan berulang kali oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin UMNO yang digantung keahlian selama enam tahun, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, pihak yang membocorkan rakaman audio dan video tersebut dipercayai adalah ahli MKT yang terlibat dalam mesyuarat kerana hanya mereka mempunyai akses pautan.

“Mungkin ada dalam kalangan ahli MKT membuat keputusan merakam dan membocorkan perbincangan supaya Presiden dapat dihalang daripada membuat kenyataan sesuka hati termasuk menyatakan sesuatu bukan keputusan MKT.

“Sebelum ini beberapa ahli MKT dan ahli UMNO merasakan mereka telah dipermainkan oleh Presiden dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Lain dibincang lain disiarkan sebagai keputusan mesyuarat dan perkara yang tidak diputuskan dalam Mesyuarat MKT diumum sebagai keputusan Mesyuarat MKT seperti menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN 30 Ahli Parlimen UMNO setuju Ahmad Zahid perlu letak jawatan

Tun Faisal berkata, ada ahli MKT dipanggil secara seorang demi seorang untuk beri persetujuan di luar mesyuarat MKT untuk menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

“Semasa Mesyuarat MKT, dimaklumkan perkara lain pula ditimbulkan, iaitu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

“Agenda mesyuarat MKT dimaklumkan lain tetapi yang timbul adalah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri seperti dalam audio iaitu ‘35 ahli MKT menyokong’ penarikan sokongan terhadap kerajaan PN dan keputusan dibuat di luar mesyuarat MKT.

“Tiada sebarang undian dibuat untuk perkara tersebut sama ada menarik sokongan terhadap PN atau PM,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Tun Faizal berkata, rakaman audio itu dipercayai dibocorkan oleh ahli MKT yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan dan penipuan berulang kali oleh Presiden UMNO.


Sumber : Sinarharian



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo