Responsive Ad Slot

Petisyen desak KPM tangguh pembukaan sekolah dilancar

Tangkap layar petisyen mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan pembukaan sekolah.
SHAH ALAM - Satu petisyen dalam talian dilancarkan bagi mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan pembukaan sekolah yang dijadualkan pada 1 September depan.

Petisyen bermula pada Ahad itu menyasarkan 100,000 rakyat Malaysia dan setakat jam 3 petang Selasa, petisyen berkenaan meraih sebanyak 4,736 tandatangan.

Peningkatan kes Covid-19 ketika ini mencetuskan kebimbangan ibu bapa terhadap risiko penularan jangkitan sekiranya sesi persekolahan dibuka seperti dijadualkan.


Salah seorang yang menandatangani petisyen itu berkata, keselamatan anak-anak adalah paling penting pada masa ini.

"Jangan biarkan lebih banyak 'darah' tumpah terutama guru dan pelajar,” kata lelaki tersebut di ruangan komen petisyen dalam talian tersebut, pada Ahad.

Sementara itu, seorang wanita berkata, dia tidak bersedia menghantar anak- anaknya ke sekolah kerana mereka belum menerima vaksin.

Seorang lagi lelaki berkata, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) perlu diteruskan sehingga akhir tahun ini.

“Perkembangan kes Covid-19 semasa terlalu tinggi. Selain itu, tidak ada gunanya buka sekolah kerana anak-anak telah belajar dalam talian hampir sepanjang tahun,” katanya.

Disyorkan artikel ini:
Nor Zamani Ketua Pengarah Pendidikan baharu
MBSJ buka permohonan permit bazar Ramadan dalam talian
Taklimat dalam talian percuma pendidikan China untuk pelajar Malaysia
Pada 17 Julai lalu, KPM membuat ketetapan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September depan.

Menurut KPM, perkara itu mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumber  : Sinarharian



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo