NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis akan rakam keterangan Nadir, Caprice secara on-line

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice secara dalam talian dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya sedang meneliti tarikh sesuai untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, rakaman percakapan itu susulan laporan dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew yang mendakwa difitnah beberapa individu menerusi media sosial, berkaitan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.

"Kami giat berhubung dengan dua individu berkenaan untuk mencari tarikh sesuai dan ambil keterangan mereka secara dalam talian.

"Tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membabitkan kenyataan di media sosial," katanya kepada BH, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 22 Julai lalu, Ebit dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

Ebit turut menyifatkan dakwaan dibangkitkan Ketua Pegawai CGM itu sebagai fitnah melampau.

Pembantu peribadi Ebit, Arief Farhan pula dikatakan mempersoalkan tindakan Caprice yang disifatkan mencemar nama baik pendakwah itu.

Arief mempersoalkan mengapa Caprice perlu membangkitkan perkara remeh seperti alat permainan yang diagihkan kepada kanak-kanak, berbanding bantuan bernilai jutaan ringgit kepada penduduk Gaza.

- BH


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo