NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sultan Johor kecewa pemimpin politik berebut kuasa, gugat kerajaan

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. - Foto ihsan Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin politik yang cuba mengganggu gugat kerajaan dan berebut kuasa.

Sultan Ibrahim menerusi Facebook rasmi bertitah baginda kecewa tindakan itu dilakukan di saat rakyat berhadapan dengan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

"Saya berasa kecewa apabila ada pemimpin yang mengganggu kerajaan dan berebut kuasa di saat rakyat dalam keadaan susah dan gelisah berhadapan dengan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

"Sempena permulaan Tahun 1443 Hijrah hari ini, saya menyeru kepada semua pemimpin Islam, terutama pemimpin bangsa Melayu di negara ini, supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah.

"Dialah yang memberi kuasa kepada orang yang dikehendaki, dan Dia juga yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki.

"Oleh itu, semua pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah, bukannya kepentingan diri sendiri sehingga menggugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanah air," titah baginda.

Sultan Ibrahim berkata, sekarang adalah masa untuk berebut membantu rakyat, bukan masa untuk berebut kuasa dan kedudukan.

- BH


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo