NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Analisa pemimpin & gabungan parti pilihan rakyat Malaysia



Satu kajian lapangan telah dijalankan oleh QgenAnalysts (QGA) untuk mendapatkan pandangan rakyat di kawasan luar bandar (zon tengah) berkaitan pemimpin dan gabungan parti pilihan mereka secara bersemuka diantara 2 April hingga 25 Jun 2021.

1) GABUNGAN PARTI POLITIK
Secara umumnya, gabungan parti politik yang menjadi pilihan utama responden adalah Perikatan Nasional (PN) sebanyak 39% dan diikuti dengan Barisan Nasional (BN) iaitu 15%. Pilihan seterusnya adalah Muafakat Nasional (MN) 13% dan Pakatan Harapan (PH) 9%.

Antara faktor utama rakyat luar bandar memilih sesebuah gabungan parti politik adalah gabungan yang mengutamakan pemulihan ekonomi negara, usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa. Kaum india memilih gabungan yang mengutamakan keharmonian majmuk. Golongan kakitangan kerajaan dan tidak bekerja pula, memilih gabungan yang mengutamakan kebajikan rakyat.

Rakyat luar bandar menolak gabungan parti politik yang disabitkan dengan isu rasuah, pertelingkahan dalaman parti dan gagal menunaikan manifesto. Mengganggu kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera merupakan faktor tertinggi mempengaruhi kaum Melayu dalam menolak sesuatu gabungan. Kaum Cina menolak gabungan/parti yang disabitkan dengan isu rasuah manakala kaum India menolak gabungan/parti yang ada pertelingkahan dalaman parti.

2) PEMIMPIN PILIHAN
Secara umumnya, pemimpin utama pilihan responden yang diyakini dapat menerajui Malaysia adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) diikuti Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Najib Razak. Walaubagaimanapun, pemimpin pilihan kedua bagi kaum Cina dan India selepas TSMY adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara faktor utama rakyat memilih sesebuah pemimpin adalah pemimpin berintegriti, berwibawa dan mesra rakyat. Walaubagaimanapun, kaum Melayu memilih yang beragama sebagai ciri paling utama sebagai pemimpin.

3) PRESTASI KERAJAAN PN
Secara umumnya, rakyat luar bandar menerima baik pelbagai inisiatif kerajaan. Antara yang menjadi pilihan utama adalah usaha menjaga keharmonian sosial melalui Dasar Perpaduan Negara dan usaha kerajaan dalam menangani pandemic COVID-19. Kaum Cina juga turut menerima baik usaha kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan misalnya melalui inisiatif PENJANA. Bagi golongan suri rumah dan tidak bekerja, usaha perisytiharan Darurat oleh kerajaan juga diterima dengan baik.

Secara keseluruhan, kaum Melayu memberikan skor yang paling tinggi terhadap prestasi kerajaan berbanding kaum Cina dan kaum India

Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh layari lawan sesawang QGA di https://qgenanalysts.org/analisa8/

#QGenanAlysts
#GeneratingImpactfulResearch

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo