NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

31 ahli parlimen UMNO kekal sokong kerajaan Perikatan Nasional

Sidang media tergempar Ahli Parlimen UMNO sebentar tadi
KUALA LUMPUR: Seramai 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menjelaskan pendirian itu seperti ketetapan Perhimpunan Agung UMNO pada sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Ahli Parlimen Parit Sulong tidak hadir, serabut dengan perkembangan semasa


Walau bagaimana pun ketidakhadiran Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad merangkap Menteri Pengajian Tinggi dalam sidang media tergempar Ahli Parlimen UMNO mencetuskan pelbagai persoalan sama ada beliau bersama 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, pihaknya tidak dapat menghubungi Ketua Wanita UMNO itu kerana telefonnya ditutup.

“Beliau cakap dekat saya, beliau serabut dan pening kepala dengan keadaan sekarang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sabri Ismail belum terima Surat daripada UMNO

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan beliau masih belum menerima sebarang surat daripada UMNO berkenaan sokongannya kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau tidak pasti sama ada surat telah diterima oleh pegawai atau tidak, justeru tidak mengetahui isi kandungan surat berkenaan.

Katanya, ahli-ahli Parlimen UMNO yang menerima surat itu akan mengkaji tindakan selanjutnya ekoran sikap mereka tidak meletakkan jawatan dalam kerajaan dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak tahu apa kandungan surat itu, adakah surat tunjuk sebab yang perlu saya jawab, saya pun tidak tahu lagi. Saya pun tidak tahu apa kesalahan adakah patuh dan akur titah Yang di-Pertuan Agong merupakan satu kesalahan.

“Jika menjadi kesalahan, tidak tahu siapa yang derhaka, siapa tidak derhaka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo