NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tandatangan Agong tidak perlu untuk batal ordinan darurat - bekas hakim kanan

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan terkemuka berkata tandatangan Yang di-Pertuan Agong bagi keputusan Kabinet untuk membatalkan ordinan-ordinan darurat bukanlah perkara penting, dalam apa yang mungkin menjadi jalan keluar Perlembagaan terhadap kebuntuan yang dicetuskan selepas istana menolak untuk memberi perkenan terhadap langkah untuk menamatkan perintah darurat.

Gopal Sri Ram berkata perkara ini pernah terjadi dalam kes penting lebih kurang enam dekad lalu.

Beliau merujuk kes 1963 antara kerajaan persekutuan dan negeri Kelantan, di mana hakim ketika itu adalah ketua hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia Sir James Beveridge Thomson, membuat penghakiman yang memberikan kuasa eksekutif kepada Kabinet untuk bertindak atas nama raja.

“Jika anda baca penghakiman Thomson dalam kes tersebut secara teliti, jelas Kabinet mempunyai kuasa tertinggi dalam semua perkara,” kata Sri Ram yang pernah berkhidmat di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan selain bertanggungjawab memberikan 800 penghakiman yang dianggap sebagai pakar udang-undang di mahkamah Komanwel kepada MalaysiaNow.

Semalam, dalam sebuah kenyataan media, Istana Negara mendedahkan Agong belum memberikan perkenannya terhadap nasihat Kabinet untuk membatalkan ordinan darurat berkuat kuasa pada 21 Julai lalu selain keputusan untuk tidak melanjutkan darurat selepas dijadualkan tamat pada 1 Ogos.

Istana juga berkata Agong dukacita kerana kerajaan mengumumkan keputusan itu tanpa membahaskannya terlebih dahulu di Dewan Rakyat.

Sebagai respons, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan butiran pertemuan dan komunikasi melibatkan Kabinet dan Agong, menolak dakwaan pembatalan tersebut tidak mengikut prosedur undang-undang dan Perlembagaan.

Kenyataan diraja tersebut mencetuskan banyak gesaan daripada pemimpin pembangkang supaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, menuduh beliau derhaka kepada Agong.

Bagaimanapun, Sri Ram berkata jika terjadi keadaan di mana Agong masih menolak untuk menandatangani dokumen, ia tidak memberi kesan terhadap pengesahan keputusan Kabinet tersebut.

“Kes Kelantan itu mengatakan tandatangan tiga menteri sudah cukup. Ia juga sah kerana Kebinet menjalankan tugas atas nama raja, maka tandatangan rasmi daripada raja tidaklah penting.”

Dalam kes yang 1963 tersebut, negeri Kelantan mencabar kesahan Perjanjian Malaysia (MA63), mengatakan ia tidak perlu mengikatnya kerana ia akan memansuhkan perjanjian 1957 yang membentuk Persekutuan Tanah Malayu.

Kelantan mempersoalkan MA63 tidak mendapat persetujuan sultannya berikutan beberapa pertukaran dalam Perlembagaan.

Dalam kes tersebut, hakim Thomson memutuskan MA63 ditandatangan bagi Persekutuan Tanah Melayu oleh perdana menteri, timbalan perdana menteri, dan empat lagi ahli Kabinet.

“Tidak ada apa-apa dalam Perlembagaan yang mensyaratkan perundingan bersama kerajaan negeri atau sultan mana-mana negeri,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo