NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Releks guys, kerja NGO ni semua ada hitam putih - Nadir

Semalam, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) menerusi live di beberapa platfom tampil membidas segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya semasa menjalankan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.
Foto: Nona
Menerusi live tersebut, UEL dipercayai mempersoalkan mengenai sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta yang disalurkan kepada aktivis terkenal Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman bagi misi kemanusiaan di Gaza.

Menerusi Instastory yang dimuat naik oleh Nadir, memberikan ‘gambaran’ kepada orang ramai yang dia akan menjawab mengenai persoalan ke mana hasil sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia bagi misi kemanusiaan di Gaza.

Rilek guys. Saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah. Cuma sehari dua ni nak kena settle projek ni dulu.

Ujarnya lagi, dia meminta orang ramai bersabar dan menjelaskan pihaknya mempunyai bukti setiap apa yang telah dibelanjakan. Namun, waktu yang ada agak terhad dan membataskannya daripada berbuat demikian.

Menerusi platfom Telegram Nadir, dia kini aktif berkongsi aktiviti ibadah korban di bumi Gaza.

Year end is near 75 down, 47 to go. 2.51am di Gaza. Ya Allah berikan kepada kalian semua yang membaca ketenangan hati, kemurahan harta dan kelapangan rezeki. Jangan lupa doakan kami.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo