NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ebit Lew minta Nadir jawab duit sumbangan RM20 juta

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mempersoalkan bagaimana RM20 juta yang dikumpul Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri hasil kutipan tabung derma diagihkan kepada rakyat Palestin.
Menerusi sesi sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial sebentar tadi, Ebit terpaksa bertanya mengenai perkara tersebut selepas segelintir warganet mendakwa beliau menggunakan duit sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan misi kemanusiaan di Gaza.

Menjawab tuduhan tersebut, pendakwah berusia 36 tahun itu berkata, beliau telah menggunakan duitnya sendiri bagi menanggung segala kos perbelanjaan sepanjang berada di sana.

“Ramai yang maki saya, mereka ingat saya bawa duit rakyat Malaysia pergi sana. Yang kumpul duit ini adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dimana kali ini diketuai oleh Nadir.

“Ada dalam live, dia beritahu dapat RM20 juta. Jadi yang kumpul duit ni adalah Nadir. Bukan sikit, banyak dia kumpul hasil kebaikan rakyat Malaysia.

 

“Jadi dia tanya saya… patut soalan tu dituju kepada beliau, terangkan mana duit RM20 juta tu. Saya pun bukan nak tanya, tapi ada yang maki saya.

“RM20 juta tu setahun, tahun depan RM20 juta lagi dan seterusnya. Banyak NGO kat sana yang baik dan ikhlas, tapi saya tujukan soalan pada Nadir. Ada bukti, resit begitu begini?,” soalnya.

Sumber : FB Ebit Lew

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo