NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lupus hutang RM8.3 bilion, 112,638 peneroka bersyukur, lega



Tanjung Malim: Seramai 112,638 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) seluruh negara bersyukur selepas kerajaan hari ini, secara dasar bersetuju dengan cadangan Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Sulong Jamil Mohamed Shariff berkata, pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cukup bermakna kepada peneroka di seluruh negara yang sememangnya menanti berita berkenaan.

Katanya, berita berkenaan turut disambut baik oleh waris keluarga peneroka Felda dalam menghadapi cabaran kehidupan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Pengumuman ini menunjukkan kerajaan amat komited dan prihatin terhadap nasib peneroka di Felda seluruh negara yang selama ini dibelenggu hutang.

"Saya berharap cadangan ini dilaksanakan dengan dengan kadar segera untuk memberi nafas baharu dalam kehidupan kepada peneroka di seluruh negara," katanya dihubungi hari ini.


Sulong Jamil yang juga Ahli Lembaga Felda berkata, beliau dihubungi ramai peneroka hari ini untuk mendapatkan kepastian selepas pengumuman Muhyiddin.

"Jika cadangan ini dilaksanakan oleh kerajaan, saya harap peneroka perlu berubah daripada segi pemikiran serta berazam menggunakan manfaat ini untuk mengembalikan kegemilangan Felda.

"Peneroka wajib menyahut seruan kerajaan yang kini nampak berazam untuk menjadikan Felda kembali menjadi syarikat perladangan terulung di dunia," katanya.

Beliau berkata, ini masa yang sesuai yang perlu diambil dan disahut terutama generasi muda Felda yang bakal mewarisi kelangsungan Felda.

"Syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada Perdana Menteri atas berita gembira ini," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo