NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peneroka FELDA puji langkah lupus hutang


TANJUNG MALIM: Seramai 112,638 peneroka FELDA di seluruh negara bersyukur dengan pengumuman kerajaan untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff, berkata pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin cukup bermakna kepada peneroka di seluruh negara yang sememangnya menanti berita berkenaan.

Katanya, berita berkenaan turut disambut baik waris peneroka FELDA yang berhadapan cabaran dalam meneruskan kelangsungan hidup.

"Pengumuman ini menunjukkan pihak kerajaan amat komited dan prihatin terhadap peneroka di FELDA seluruh negara yang selama ini dibelenggu hutang sejak sekian lama. Saya berharap cadangan ini dilaksanakan dengan dengan segera untuk memberi nafas baharu dalam kehidupan kepada peneroka di seluruh negara," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Lembaga FELDA berkata beliau dihubungi ramai peneroka hari ini untuk mendapat kepastian dan kebenaran selepas pengumuman Perdana Menteri hari ini.


Katanya, majoriti peneroka juga berasa lega dan mula berasa ringan daripada beban hutang yang terpaksa ditanggung selama ini.

"Jika cadangan ini dilaksanakan kerajaan, saya berharap golongan peneroka berubah dari segi minda dan pemikiran serta berazam menggunakan manfaat ini untuk mengembalikan kegemilangan FELDA.

"Pihak peneroka wajib menyahut seruan pihak kerajaan yang kini nampak berazam untuk menjadi FELDA kembali syarikat perladangan terulung di dunia," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/836758/peneroka-felda-puji-langkah-lupus-hutang

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo