NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DHPP gesa ahli parlimen fokus kepada usaha tangani COVID-19

Oleh NUR HASMIRA MOHAMAD
KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Pendukung PAS Malaysia (DHPP) berharap rakyat dan ahli-ahli politik bertenang dengan situasi terkini politik negara yang terjadi pada Khamis lepas.

Malah, ahli-ahli parlimen seharusnya memberi fokus kepada usaha-usaha kerajaan untuk menangani wabak Covid-19 dengan tidak menggugat kestabilan kerajaan.

"Kami menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam kenyataan media yang dikeluarkan pihak Istana Negara pada hari ini (29 Julai 2021).

"Namun, atas titah Tuanku masih menegaskan supaya ahli-ahli parlimen memberikan keutamaan kepada kerja-kerja melibatkan kesejahteraan rakyat dan negara dalam sesi sidang Dewan Rakyat yang sedang dijalankan.

"Penekanan Baginda jelas mahukan semua ahli parlimen berganding bahu mencari penyelesaian terhadap masalah rakyat dan negara yang masih terjejas akibat pandemik Covid-19," ujar Ketua DHPP, Senator Balasubramaniam Naciappan.

Sumber : FB DHPP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo