NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : Hilang Isteri, Anak Dalam Tempoh 6 Jam

Gambar hiasan

KUALA SELANGOR: Sambutan Aidiladha hampir tidak bermakna buat seorang lelaki warga emas selepas kehilangan dua insan tersayang akibat COVID-19.

Mohd Latiff Rahmad, 67, dari Kampung Batu 4, Ijok, di sini, hanya mampu mengalirkan air mata apabila menerima berita pemergian isteri dan anak lelaki pada 14 Julai lalu.

Isterinya, Sainon Kutut, 61, disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 pagi sebelum disusuli anak lelakinya, Azman Mohd Latiff, 25, enam jam kemudian.

Sainon yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB) manakala Azman pula meninggal dunia di rumah dipercayai sesak nafas.

Lebih memilukan, Mohd Latiff menerima berita kematian Azman yang ketika itu dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) dan pada masa sama dia sedang mendengar taklimat pengurusan jenazah isterinya di HSB.

Bercerita lanjut, Mohd Latiff berkata, pemergian insan tercinta nyata mengubah sepenuhnya kehidupan yang sebelum ini bergantung penuh kepada mereka.

"Susah nak digambarkan apa yang dirasa ketika ini. Allah SWT sahaja yang mengetahui perasaan saya sewaktu Dia 'ambil' isteri dan anak dalam waktu singkat.

"Mereka berdua tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap atau tanda akan meninggalkan saya.

"Selepas ini, saya harus kuat menempuh kehidupan tanpa mereka," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, jenazah isteri dan anak lelakinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bukit Badong, Bestari Jaya.

Ditanya mengenai sambutan Aidiladha, Mohd Latiff berkata, dia akan merindui masakan isterinya iaitu rendang ayam dan sambal kacang.

- BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo