NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khutbah hari Arafah diterjemah dalam 10 bahasa

JEDDAH: Di sebalik penularan COVID-19 yang melanda dunia, seramai 60,000 jemaah haji yang menunaikan ibadah itu di tanah suci tahun ini tetap berpeluang mengikuti Khutbah Hari Arafah secara langsung.

Lebih unik, khutbah dilaksanakan menerusi pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang disampaikan oleh imam Masjid Namirah, Syaikh Dr Bandar Abdul Aziz Balilah itu turut dipancarkan secara dalam talian menerusi portal Manaratalharamain pada jam 12.30 tengah hari waktu tempatan.

Khutbah itu turut diterjemahkan kepada 10 bahasa termasuk bahasa Melayu.

Selain bahasa Melayu, khutbah terbabit diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Perancis, Urdu, Parsi, Russia, Cina, Turki, Hausa dan Benggali.

Hari Arafah adalah hari bagi jemaah haji berkumpul untuk berdoa dan bertaqarrub kepada Allah. - AGENSI

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo