NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

8 kilang diarah tutup






KLANG: Lapan kilang di daerah Klang Utara diarahkan tutup menerusi Op COVID 3.0 selama dua hari sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata operasi yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) menumpukan kilang yang beroperasi di Sungai Kapar, Meru, Bandar Sultan Suleiman dan Bandar Bukit Raja.

Katanya, menerusi operasi berkenaan 37 kompaun turut dikeluarkan kepada pemilik dan pekerja kilang atas pelbagai kesalahan.

"Lapan kilang yang diarahkan tutup didapati beroperasi tanpa surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Kilang berkenaan tidak termasuk dalam sektor yang dibenarkan beroperasi, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, selain didapati tidak mempunyai lesen perniagaan.

"Lapan kilang berkenaan antaranya kilang cat, kilang ais, kilang acuan besi dan kilang memproses minyak sawit," katanya dalam kenyataan semalam.


Beliau berkata, kompaun yang dikeluarkan terhadap majikan membabitkan kesalahan gagal menyediakan peralatan saringan suhu; kehadiran pekerja melebihi 60 peratus serta gagal memastikan pekerja mengimbas kod MySejahtera.

Katanya, bagi kompaun terhadap pekerja, mereka didapati gagal mengimbas MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka.

Dalam pada itu, Nurulhuda berkata, sejumlah 143 kompaun membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan sejak pelaksanaan PKP penuh bermula 1 Jun hingga semalam.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/06/825048/8-kilang-diarah-tutup

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo