NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rizab antarabangsa BNM AS$110.8 bilion





KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$110.8 bilion pada 30 April 2021.

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$102.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.5 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

Aset-aset terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM459.67 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.42 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM19.57 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset-aset lain (RM15.99 bilion).

Bank pusat berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM175.13 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.49 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM150.52 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.69 billion), deposit lain (RM15.20 bilion), kertas Bank Negara (RM9.49 bilion), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan liabiliti lain (RM5.73 bilion).

-BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo