NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia tolak gender ketiga




PUTRAJAYA: Malaysia tidak akan berganjak dengan pendirian terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pendirian rasmi kerajaan ialah tidak membenarkan gender ketiga di negara ini.

Katanya, gender ketiga perlu ditolak seperti pendirian Malaysia menolak dasar luar pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) yang mempromosi hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

"Hujah yang tuntas perlu dikemuka untuk tidak membenarkan gender ketiga di negara ini kerana ini bertentangan dengan syariat Islam. Dan, kerajaan tidak menyokong sebarang kempen LGBT di negara ini," katanya yang dikongsi di Facebooknya ketika menyampaikan amanat dalam persidangan secara maya bersama Ahli Jawatankuasa Penyelidik Kajian Implikasi Gender Ketiga yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/832286/malaysia-tolak-gender-ketiga

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo