NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Putrajaya umum PKP penuh lanjut hingga 28 Jun


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yuang sepatutnya berakhir pada 14 Jun dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 28 Jun, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Kebenaran beroperasi juga kekal mengikut senarai sedia ada, katanya dalam pengumuman hari ini.

“Senarai positif atau negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871,” katanya.

Katanya, itu dibuat atas cadangan Kementerian Kesihatan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini. – 11 Jun, 2021.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/320972

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo