NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalau darurat ditamatkan, boleh ke pilihan raya ditangguhkan?




Tak boleh. Untuk tangguhkan pilihan raya, memang darurat terpaksa digunakan. Ia satu-satunya cara. Tidak ada cara lain.

Perlembagaan tidak menyediakan kelonggaran dalam hal ini. Perkara 55(4) memperuntukkan bahawa, apabila Parlimen bubar, suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh itu.

Begitu juga bagi pilihan raya kecil. Perkara 54. (1) menyebut bahawa jika berlaku kekosongan luar jangka di Dewan Rakyat, ia perlu diisi tempoh 60 hari melalui pilihan raya kecil.

Perlembagaan tidak memberikan kuasa sama ada kepada Yang di-Pertuan Agong, jemaah Kabinet, Parlimen atau SPR untuk menangguhkan pilihan raya. Jadi satu-satunya pilihan ialah darurat di bawah Perkara 150.

Mungkin bila negara kita pulih, kerajaan perlu membuat pindaan Perlembagaan bagi membolehkan penangguhan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil dalam tempoh enam bulan atau setahun melalui cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya dan dengan kelulusan Parlimen serta perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tapi buat masa ini daruratlah satu-satunya cara untuk menangguhkan pilihan raya. Dan dalam situasi wabak Covid-19 ini, ia sesuatu yang amat perlu.

Tempoh penggal DUN Sarawak dah melepasi 5 tahun. Jadi sepatutnya DUN Sarawak terbubar jika darurat ditamatkan. Melainkan jika kerajaan isytihar darurat untuk negeri Sarawak sahaja, bagi tujuan khusus iaitu untuk mengelakkan Pilihan Raya Negeri

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo