NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Darurat perlu dikekalkan, tangguh pilihan raya 15.



Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyokong saranan Ahli Akademik Dr Fathi Yusof daripada UTM, di 'post' Fb beliau yang menulis bahawa, "buat masa ini daruratlah satu-satunya cara untuk menangguhkan pilihanraya.Dan dalam situasi wabak Covid 19 ini, ia suatu yang amat perlu".


UMMAH mengharapkan kebijaksanaan Yang diPertuan Agong untuk mencadangkan keputusan menyambung Proklamasi Darurat 1 yang akan tamat pada 1 Ogos 2021 nanti sehingga kepada masa yang sesuai apabila pandemik Covid-19 dapat diputuskan dan komuniti imunisasi mencapai tahap maksimun sehingga 90% mendapat suntikan vaksin.

Sebagaimana Baginda telah mengutamakan keselamatan dan kesihatan rakyat semasa mengistiharkan Proklamasi Darurat yang pertama, maka keadaan sama juga masih berterusan sehingga sekarang ini PKP 3 0, dengan jumlah bilangan jangkitan masih ribuan angka.

Suntikan vaksin juga masih berjalan dengan lancar bagi mencapai sasaran 150 ribu suntikan sehari, dan dijangka mengambil masa 213 hari atau selama 7 bulan lagi bagi 32 juta rakyat Malaysia.

Sekurang-kurangnya Darurat perlu diteruskan selepas 1 Ogos selama 8 bulan lagi ( Mac 2022) jika keadaan jangkitan dan suntikan vaksin mencapai sasaran sebagaimana yang dirancangkan.

Maka semua pihak mesti bekerjasama mengerakkan kempen suntikan vaksin imunisasi, juga bekerjasama bagi memutuskan rantaian virus covid -19, jika kita mahu darurat ditamatkan dan boleh mengadakan pilihanraya umum ke 15.

Semua pihak wajar memainkan peranan penting kearah menyelamatkan negara daripada wabak ini.Rakyat dan negara mesti menang bagi memutuskan virus pandemik Covid-19 ini.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
12 jun 2021

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo