NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM beri komitmen Parlimen boleh bersidang sekitar Sept atau Okt



PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberikan komitmen bahawa sidang Parlimen boleh diadakan dalam Fasa III Pelan Pemulihan Negara, iaitu sekitar September atau Oktober.

“Dengan mengikut SOP yang ketat,” katanya ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara hari ini.

Muhyiddin berkata, dari awal beliau berpendirian sistem demokrasi berparlimen boleh berfungsi semula “pada masa sesuai”.

“Iaitu setelah kes-kes Covid-19 terkawal dan kita hampir mencapai imuniti kelompok. Saya akan terus mendukung prinsip demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan,” katanya.

Muhyiddin berkata, strategi Pelan Pemulihan Negara merangkumi empat fasa, melibatkan pelan peralihan fasa perintah kawalan pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Mengikut pelan ini, negara sekarang dalam Fasa I.

Kerajaan akan menimbang peralihan daripada Fasa I ke Fasa II apabila purata kes harian menurun bawah 4,000 kes; sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal; dan 10% penduduk lengkap dos suntikan vaksin.

Muhyiddin berkata, negara akan beralih ke Fasa III sekiranya:
Purata kes harian Covid-19 menurun ke paras bawah 2,000 kes;
Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi; dan
40% penduduk lengkap dos suntikan vaksin.

Beliau berkata, nilai ambang itu dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir Ogos.

“Saya ingin memberikan komitmen bahawa sidang Parlimen boleh diadakan dalam fasa ini (III),” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/15/parlimen-boleh-bersidang-pada-september-atau-oktober/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo