Responsive Ad Slot

Kerajaan PH Selangor punca kes covid meningkat?



Roslan SMS

Angka kes baru positif Covid 19 semalam adalah 5,218 kes seluruh negara. Dari jumlah itu 1,989 sahaja adalah dari negeri Selangor ataupun bersamaan 38.11 peratus.

Apa masalahnya di Selangor sebenarnya? Apa masalah kerajaan negeri yang diurus PH?

EXCO Kesihatan Negeri Dr Siti Mariah (PAN) mendakwa kononnya negeri itu tidak menerima dos vaksin yang cukup lantas membantutkan program vaksinasi di negeri berkenaan. Kata Dr Mariah akibat tidak cukup bekalan mungkin beberapa PPV di Srlangor terpaksa ditutup.

Benarkah begitu? Adakah munasabah disaat kritikal sebegini kerajaan Persekutuan mahu bermain politik dengan mencatu dan menghadkan bekalan vaksin sedangkan jumlah kes terbesar adalah di Selangor?

Atau mungkinkah sekali lagi PH mahu main silap mata menuding jari dan menyalahkan orang lain sedangkan hakikatnya merekalah yang lemah dan gagal. Kerajaan gagal.



Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Selangor sebenarnya belum menggunakan sepenuhnya bekalan vaksin yang dibekalkan Putrajaya kepada negeri itu,

Tambah KJ setakat 27 Jun 2021 Selangor telah menerima 1,367,306 dos vaksin dan dari jumpah itu 322,606 masih berbaki dan tidak digunakan!

Kata KJ lagi kadar penggunaan vaksin di Selangor adalah antara yang terendah dalam negara iaitu hanya 76% sedangkan Melaka telah capai 94% dan Terengganu serta Negeri Sembilan telah capai 92%.

Menurut KJ lagi: "Saya minta Selangor cepatkan kadar penggunaan vaksin, jadi tuduhan vaksin tidak dihantar tidak betul".

Masalahnya menurut MB Selangor dalam mesyuarat dengan KJ kerajaan Selangor cuma punya kapasiti menyuntik 40,000 penerima sehari tetapi Dr Mariah dakwa boleh suntik 80,000 sehari. EXCO Kesihatan dimana semasa mesyuarat itu?

Siapa yang tidak cekap, lemah dan gagal sebenarnya?

Bagaimana angka jangkitan di Selangor mahu diturunkan jika beginilah sikap kerajaan negerinya. Mungkin Dr Mariah lebih baik kibarkan sahaja bendera putih, mengaku gagal dan tidak mudah menuduh pihak lain.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo