Responsive Ad Slot

Diskaun bil elektrik sehingga 40 peratus – PM




“Dengan pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, Kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak RM1 bilion,” katanya dalam perutusan sempena pengumuman Pakej PEMULIH hari ini.

Terdahulu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, mengumumkan kerajaan kekalkan kadar tarif bil elektrik bagi 9.44 juta pemegang akaun domestik dan industri Tenaga Nasional Berhad (TNB) di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, dari 1 Julai hingga 31 Disember ini.

Berikutan itu, kerajaan telah bersetuju untuk membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen/kWj yang melibatkan peruntukan sebanyak RM493 juta melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

Shamsul Anuar berkata, kerajaan berbuat demikian dengan mengambil kira cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan bagi mengekang penularan pandemik COVOD-19.

Beliau berkata langkah itu membolehkan semua pemilik akaun TNB yang dianggarkan seramai 9.44 juta pengguna akan terus menikmati rebat elektrik sebanyak 2.00 sen/kWj bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2021,

Katanya, pemberian rebat tambahan ini membolehkan semua pemilik akaun TNB menikmati purata diskaun sebanyak 5 peratus bagi tempoh tersebut.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri juga mengumumkan Bantuan Khas Taska berjumlah RM3,000 kepada 4,400 pengusaha taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Muhyiddin berkata bantuan berkenaan juga membabitkan, 8,000 pengusaha taman didikan kanak-kanak (TADIKA) swasta seliaan Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata pemberian bantuan itu dapat digunakan untuk pelbagai tindakan antaranya keperluan sanitasi dan pembelian peralatan nyah kuman bagi memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak yang ditempatkan di pusat asuhan dan tadika.

“Kerajaan juga bersetuju memberi bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gimnasium, boling, futsal yang turut terkesan dan hanya boleh beroperasi semula seawal fasa ketiga kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kerajaan turut bersetuju memberi bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada semua pengusaha kantin berdaftar,” katanya.

http://www.pnbbcportal.com/2021/06/28/diskaun-bil-elektrik-sehingga-40-peratus-pm/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo