NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKP 3.0 dilanjutkan, tak berakhir 28 Jun





Fasa pertama PKP 3.0 akan diteruskan sehingga nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) kurang dari 4,000 kes sehari, kata Muhyiddin. 

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin, Fasa 1 PKP 3.0 akan diteruskan sehingga nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) kurang 4,000 kes.

Kerajaan juga akan mengumumkan mengenai bantuan menyeluruh yang akan diberikan kepada rakyat pada Isnin atau Selasa ini.

Pada 11 Jun lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa negara diletakkan di bawah PKP bermula 15-28 Jun.

Walaupun berita palsu berkaitan lanjutan PKP 3.0 tular pada Sabtu, namun situasi dan keadaan semasa Covid-19 berdasarkan nilai ambang PPN dilihat tidak memungkinkan negara beralih ke Fasa 2. - Sinar Harian.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo