NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DHPP bentuk jawatankuasa penerangan, salur maklumat Kepada bukan Islam




Oleh : Husaif Mamat

KUALA TERENGGANU, 20 Jun – Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat telah membentuk jawatankuasa penerangan yang akan memperkasakan lagi penyaluran maklumat dan kejayaan parti itu kepada masyarakat bukan Islam.

Ketua Penerangan DHPP Pusat, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, jawatankuasa terbabit akan memanfaatkan setiap ruang di media sosial agar segala informasi berkaitan PAS sampai kepada golongan sasar.

“Media sosial atau pun media baharu harus diguna pakai sepenuhnya untuk menyebarkan maklumat parti dan pimpinan.

“DHPP wajib menjadi ejen serta pemacu kepada membina gelombang untuk mengilmukan bukan Islam menyokong PAS,” ujar beliau ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Balachandran berkata, segala idea yang diketengahkan PAS perlu dipertontonkan kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya bukan Islam agar mereka dekat dengan parti tersebut.

“Paling tidak mereka menjadi mesra PAS selepas kita menonjolkan penyelesaian Islam bila berdepan dengan masalah sosial, ekonomi, siasah, pendidikan dan seumpamanya yang berteraskan kepada keadilan,” tambah beliau.

Berikut merupakan Ketua Penerangan DHPP Negeri-negeri yang telah dilantik :

1. Dr Balachandran Gopal Krishnan
Ketua/ Ketua Penerangan
DHPP Terengganu/ Ketua Penerangan DHPP Pusat
2. Sdr Hareetharan Raman
SU Urusetia Penerangan DHPP Pusat
3. Tuan Satail Manjunkat
Ketua/ Ketua Penerangan DHPP Sabah
4. Sdr Achau Anak Mujah
Ketua/ Ketua Penerangan DHPP Sarawak
5. Sdr Kong Tuck Wah
Ketua/ Ketua Penerangan DHPP Wilayah Persekutuan
6.Cikgu Lau Chin Chua
Ketua Penerangan DHPP Kelantan
7. Sdr Hariijhananthanan Anthoni
Ketua Penerangan DHPP Selangor
8. Sdr Yogendran Palanisamy
Ketua Penerangan DHPP
Pahang
9. Sdr Ganeson Vello
Ketua Penerangan DHPP Pulau Pinang
10. Sdr Mahadevan Ramachandran
Ketua Penerangan DHPP Kedah
11. Sdr Ravikumar Sankaran
Ketua Penerangan DHPP Melaka
12. Puan Bathma Permasamy
Ketua Penerangan DHPP Johor
13. Sdr Gokulan Balasubramaniam
Ketua Penerangan DHPP Perak.
14. Dato Annathurai Kanniappan
Ketua/Ketua Penerangan DHPP Negeri Sembilan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo