NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahukah anda? Program Jaringan PRIHATIN mulai Mac 2021


Bantuan RM 180 Kredit Telekomunikasi Mulai Mac 2021
Semasa pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan satu lagi inisiatif yang sangat positif iaitu Program Jaringan PRIHATIN. Melalui program ini, golongan B40 akan menerima bantuan kredit telekomunikasi sebanyak RM 180 seorang. Seramai 8 juta orang akan mendapat manfaat ini pada bulan Mac 2021. Penerima boleh menggunakan bantuan kredit telekomunikasi bagi melanggan perkhidmatan internet atau menampung sebahagian kos bagi pembelian telefon pintar yang baru. Berita ini juga turut diumumkan oleh Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia menerusi sebuah kenyataan rasmi pada 18 Disember 2020 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.5 bilion.

Skim bantuan ini dapat mengurangkan bebanan untuk melanggan perkhidmatan internet yang digunakan untuk pembelajaran (pelajar) atau bekerja dari rumah tatkala rakyat Malaysia masih berdepan dengan virus Covid-19 ini. Selain golongan B40, calon peperiksaan SPM / STPM 2021 adalah layak mendapat skim bantuan ini. Penerima bantuan ini berpeluang menikmati kemudahan internet yang lebih baik melalui program – program yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan menjelang suku tahun pertama 2021.

Kemudahan Komunikasi

Terdapat beberapa kemudahan lain yang akan disediakan oleh kerajaan melalui skim bantuan ini iaitu seperti berikut :
WIFI Percuma di 130 PPR Terpilih

Perkhidmatan WIFI akan diberikan secara percuma di 130 kawasan PPR yang terpilih di seluruh negara sehingga akhir April 2021. Syarikat yang terlibat terdiri menyediakan perkhidmatan ini terdiri dari Maxis, Celcom, Digi, U Mobile, TIME dan juga Telekom Malaysia (TM).

Lanjutan Operasi Pusat Internet Komuniti (PIK)

Waktu pengoperasi bagi semua Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilanjutkan. Ia dibenarkan beroperasi setiap hari mulai jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

Subsidi Program Jaringan Prihatin

Program yang diperkenalkan ini membolehkan rakyat menerima peruntukan kredit telekomunikasi sebanyak RM 180 seorang (setahun) atau subsidi bagi menampung kos pembelian telefon bimbit baru bagi golongan B40.

Data 1GB Percuma Dilanjutkan

Kerajaan telah bersetuju melanjutkan pemberian kemudahan data 1GB secara percuma kepada orang ramai sehingga bermulanya program subsidi Jaringan Prihatin. Kemudahan data 1GB percuma yang diberikan sebelum ini telah tamat pada 31 Disember 2020.

Pakej Data Khas SPM /STPM 2021

Tawaran Pakej Data Khas SPM / STPM 2021 akan diperkenalkan kepada calon peperiksaan dan ianya akan berakhir pada April 2021. Ia akan ditawarkan mulai 6 Januari 2021 dan sebarang maklumat berkenaan pakej ini boleh diperolehi melalui laman web MCM serta syarikat telekomunikasi masing – masing. Lima syarikat telekomunikasi menawarkan kemudahan pas data prabayar pada harga RM 20 untuk 15GB.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk portal rasmi MCMC di https://www.mcmc.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo