NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Minda Presiden PAS: Bencana wabak dan dilema dalam menanganinya


Minda Presiden PAS

BENCANA WABAK DAN DILEMA DALAM MENANGANINYA


Pertama sekali, hendaklah dibezakan antara bencana wabak dan bencana alam dengan langkah-langkah yang diambil bagi menangani masalah tersebut.

Bencana yang bersifat fenomena alam seperti ribut taufan, gempa bumi, banjir besar, manakala bencana wabak seperti penularan taun dan terkini Covid-19. Semua bencana ini adalah hukuman daripada Allah SWT sama ada disebabkan oleh kejahatan manusia sendiri atau bagi menguji kesyukuran dan kesabaran manusia kepada-Nya.

Bencana adalah hukuman Allah SWT yang tidak mampu dihalang oleh mana-mana kuasa besar dunia sekalipun. Adapun bagi menangani masalah bencana itu, ia diserahkan kepada kebijaksanaan manusia.

Rasulullah SAW telah menunjukkan saranan pencegahan dan kaedah rawatan seperti menjaga kebersihan dan mengikut nasihat perubatan. Sehingga diperintahkan untuk melaksanakan kuarantin, supaya dikawal pergerakan mereka yang berada dalam kawasan wabak dan dilarang keluar, begitu juga orang lain dilarang masuk ke dalam kawasan yang berlakunya wabak.

Perkara ini pernah dilaksanakan di masjid-masjid besar seperti Makkah, Madinah, Umawi, al-Azhar dan lain-lain tempat sepanjang sejarahnya. Malangnya, masih ramai lagi yang buta sejarah sendiri, walaupun sangat alim dalam ilmu yang lain.

Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA menempelak orang yang menegur langkah yang diambil ketika menghadapi wabak taun amwas, apabila dianggap ia melawan qadha’ dan qadar. Sedangkan apa yang dilakukan oleh Khalifah hanya mewajibkan untuk berusaha dan berikhtiar, di samping bertawakkal kepada Allah SWT. Kata Khalifah ‘Umar RA:

‌ Ų£َŲ±َŲ£َŁŠْŲŖَ Ł„َŁˆْ ŁƒَŲ§Ł†َŲŖْ Ł„َŁƒَ Ų„ِŲØِŁ„ٌ ŁَŁ‡َŲØَŲ·َŲŖْ ŁˆَŲ§ŲÆِŁŠًŲ§ Ł„َŁ‡ُ Ų¹ُŲÆْŁˆَŲŖَŲ§Ł†ِ، Ų„ِŲ­ْŲÆَŲ§Ł‡ُŁ…َŲ§ Ų®َŲµِŲØَŲ©ٌ، ŁˆَŲ§Ł„ْŲ£ُŲ®ْŲ±َŁ‰ Ų¬َŲÆْŲØَŲ©ٌ، Ų£َŁ„َŁŠْŲ³َ ‌Ų„ِŁ†ْ ‌Ų±َŲ¹َŁŠْŲŖَ ‌Ų§Ł„ْŲ®َŲµِŲØَŲ©َ ‌Ų±َŲ¹َŁŠْŲŖَŁ‡َŲ§ ‌ŲØِŁ‚َŲÆَŲ±ِ ‌Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ، ‌ŁˆَŲ„ِŁ†ْ ‌Ų±َŲ¹َŁŠْŲŖَ ‌Ų§Ł„ْŲ¬َŲÆْŲØَŲ©َ ‌Ų±َŲ¹َŁŠْŲŖَŁ‡َŲ§ ‌ŲØِŁ‚َŲÆَŲ±ِ ‌Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ؟

“Apakah pendapatmu seandainya engkau mempunyai seekor unta yang menuruni suatu lembah yang mempunyai dua keadaan, satunya tempat yang subur dan satu lagi tempat yang tandus. Adakah jika engkau mengembalanya pada tempat yang subur itu, bukannya bererti engkau mengembalanya kerana takdir Allah? Begitu pula sebaliknya, jika engkau mengembalanya di tempat yang tandus itu, bukankah kerana takdir Allah juga?

Malaysia bertindak menangani penularan wabak ini dengan menyediakan kumpulan barisan hadapan, yang terdiri daripada pasukan perubatan sehinggalah pasukan polis dan tentera. Oleh kerana wujud perubahan perkembangan wabak dari semasa ke semasa di seluruh dunia, maka tindakan susulan dan perubahan tertentu terpaksa dilakukan bagi membendung situasi terkini.

Sepatutnya ketika tempoh darurat kesihatan, seluruh rakyat bersatu padu tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan politik, kerana wabak ini tidak mengenal siapa mangsanya.

Saya membaca berita yang dilaporkan di media perdana dan sebahagiannya di media sosial, bahkan saya juga membaca apa yang tersurat dan tersirat di sebalik laporan berita tersebut.

Kini, bukan masanya untuk kita berdebat mencari kesalahan dan kelemahan kerana bentuk serangan wabak yang sedang dihadapi hari ini sudah berubah.

Sepatutnya semua pihak berperanan menyedarkan masyarakat seperti perlunya suntikan vaksin kerana Islam meletakkan turutan menjaga nyawa adalah wajib diutamakan, sehingga dihalalkan perkara yang haram dalam ayat-ayat al-Quran. Antaranya firman Allah SWT:

﴿ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ ŁƒُŁ„ُŁˆŲ§ Ł…ِŁ†ْ Ų·َŁŠِّŲØَŲ§ŲŖِ Ł…َŲ§ Ų±َŲ²َŁ‚ْŁ†َŲ§ŁƒُŁ…ْ ŁˆَŲ§Ų“ْŁƒُŲ±ُŁˆŲ§ Ł„ِŁ„َّŁ‡ِ Ų„ِŁ†ْ ŁƒُŁ†ْŲŖُŁ…ْ Ų„ِŁŠَّŲ§Ł‡ُ ŲŖَŲ¹ْŲØُŲÆُŁˆŁ†َŁ”Ł§Ł¢ Ų„ِŁ†َّŁ…َŲ§ Ų­َŲ±َّŁ…َ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁ…َŁŠْŲŖَŲ©َ ŁˆَŲ§Ł„ŲÆَّŁ…َ ŁˆَŁ„َŲ­ْŁ…َ Ų§Ł„ْŲ®ِŁ†ْŲ²ِŁŠŲ±ِ ŁˆَŁ…َŲ§ Ų£ُŁ‡ِŁ„َّ ŲØِŁ‡ِ Ł„ِŲŗَŁŠْŲ±ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁَŁ…َŁ†ِ Ų§Ų¶ْŲ·ُŲ±َّ ŲŗَŁŠْŲ±َ ŲØَŲ§Ųŗٍ ŁˆَŁ„َŲ§ Ų¹َŲ§ŲÆٍ ŁَŁ„َŲ§ Ų„ِŲ«ْŁ…َ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŲŗَŁُŁˆŲ±ٌ Ų±َŲ­ِŁŠŁ…ٌŁ”Ł§Ł£﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah daripada sumber-sumber yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kalian, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kalian hanya beribadat kepadanya. (172); Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kalian memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih bukan kerana Allah. Maka, sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (173)” (Surah al-Baqarah: 172-173)

Para ulama’ maqasid al-syari‘ah menyenaraikan mengikut tertib keperluan hidup manusia yang wajib dijaga iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan maruah, serta menjaga harta.

Ayat yang disebutkan di atas meletakkan peranan agama bagi menentukan hukum, bahawa menjaga nyawa itu hendaklah diutamakan melebihi perkara-perkara yang lain. Sehingga dihalalkan perkara yang haram, semata-mata ingin menjaga nyawa.

Termasuklah darurat dari sudut perubatan, pernah diriwayatkan oleh para ulama’ hadis tentang satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, sebagaimana berikut:

‌ Ų£َŁ†َّ Ł†َŲ§Ų³ًŲ§ Ł…ِŁ†ْ Ų¹ُŲ±َŁŠْŁ†َŲ©َ Ł‚َŲÆِŁ…ُŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ِ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ų§Ł„ْŁ…َŲÆِŁŠŁ†َŲ©َ، ŁَŲ§Ų¬ْŲŖَŁˆَŁˆْŁ‡َŲ§، ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ُ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ: "Ų„ِŁ†ْ ‌Ų“ِŲ¦ْŲŖُŁ…ْ ‌Ų£َŁ†ْ ‌ŲŖَŲ®ْŲ±ُŲ¬ُŁˆŲ§ ‌Ų„ِŁ„َŁ‰ ‌Ų„ِŲØِŁ„ِ ‌Ų§Ł„ŲµَّŲÆَŁ‚َŲ©ِ، ‌ŁَŲŖَŲ“ْŲ±َŲØُŁˆŲ§ ‌Ł…ِŁ†ْ ‌Ų£َŁ„ْŲØَŲ§Ł†ِŁ‡َŲ§ ‌ŁˆَŲ£َŲØْŁˆَŲ§Ł„ِŁ‡َŲ§"، ŁَŁَŲ¹َŁ„ُŁˆŲ§، ŁَŲµَŲ­ُّŁˆŲ§، Ų«ُŁ…َّ Ł…َŲ§Ł„ُŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ų±ِّŲ¹َŲ§Ų”ِ، ŁَŁ‚َŲŖَŁ„ُŁˆŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŲ§Ų±ْŲŖَŲÆُّŁˆŲ§ Ų¹َŁ†ِ Ų§Ł„ْŲ„ِŲ³ْŁ„َŲ§Ł…ِ، ŁˆَŲ³َŲ§Ł‚ُŁˆŲ§ Ų°َŁˆْŲÆَ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ِ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ، ŁَŲØَŁ„َŲŗَ Ų°َŁ„ِŁƒَ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠَّ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ، ŁَŲØَŲ¹َŲ«َ ŁِŁŠ Ų£َŲ«َŲ±ِŁ‡ِŁ…ْ ŁَŲ£ُŲŖِŁŠَ ŲØِŁ‡ِŁ…ْ، ŁَŁ‚َŲ·َŲ¹َ Ų£َŁŠْŲÆِŁŠَŁ‡ُŁ…ْ، ŁˆَŲ£َŲ±ْŲ¬ُŁ„َŁ‡ُŁ…ْ، ŁˆَŲ³َŁ…َŁ„َ Ų£َŲ¹ْŁŠُŁ†َŁ‡ُŁ…ْ، ŁˆَŲŖَŲ±َŁƒَŁ‡ُŁ…ْ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲ­َŲ±َّŲ©ِ، Ų­َŲŖَّŁ‰ Ł…َŲ§ŲŖُŁˆŲ§.

“Sesungguhnya ada beberapa orang daripada kalangan ‘Urainah (kaum Badwi) datang ke Madinah, namun mereka tidak sesuai dengan iklim Madinah, maka Rasulullah SAW pun menyuruh mereka ke (tempat) unta sedekah (unta zakat). Baginda bersabda: ‘Minumlah kalian susu dan air kencingnya.’ Lalu, mereka melaksanakan apa yang diperintah oleh Rasulullah SAW dan mereka kembali sihat. Akan tetapi, tidak lama kemudian mereka menyerang dan membunuh penggembala unta. Sesudah itu mereka murtad daripada agama Islam. Peristiwa tersebut dilaporkan kepada Rasulullah SAW, kemudian Baginda memerintahkan supaya mengejar mereka sehingga ditangkap. Lalu, mereka pun dihadapkan ke hadapan Nabi SAW, Baginda kemudian memotong tangan dan kaki mereka secara bersilang, kemudian mata mereka dicungkil. Sesudah itu mereka dibiarkan dalam terik matahari yang panas sampai mati.” (Riwayat Muslim 1671)

Mengikut para ulama’, peristiwa ini berlaku sebelum diturunkan wahyu yang menetapkan hukuman hudud. Selain itu, para ulama’ juga meminta pakar perubatan untuk mengkaji kadar (dos) ubat-ubatan dan kesan sampingan selepas pengambilannya, manakah yang lebih besar antara manfaat dengan mudarat melalui cara yang betul.

Maka, para ulama’ telah menetapkan satu kaedah yang masyhur:

Ų§Ł„Ų¶Ų±ŁˆŲ±Ų§ŲŖ ŲŖŲØŁŠŲ­ Ų§Ł„Ł…Ų­ŲøŁˆŲ±Ų§ŲŖ.

“Keadaan darurat mengharuskan perkara-perkara yang telah diharamkan.”

Kaedah di atas juga diikat bersama satu lagi kaedah, iaitu:

ŁˆŲ§Ł„Ų¶Ų±ŁˆŲ±Ų© ŲŖŁ‚ŲÆŲ± ŲØŁ‚ŲÆŲ±Ł‡Ų§.

 “Dan darurat itu dikadarkan (ditentukan) sempadannnya (hadnya).”

Kaedah darurat juga terpakai kepada pihak polis yang menjalankan siasatan dan pihak tentera yang sedang berperang. Maka sempadan kebebasan dan hak antara Islam dengan teori liberal Barat adalah berbeza. Termasuklah apa yang berlaku pada hari ini telah mempengaruhi golongan ilmuwan Islam yang mengkaji Islam di Barat, sehingga terdapat dalam kalangan mereka itu yang terpengaruh dengan ajaran para orientalis.

Wujud perkataan lain yang mempunyai persamaan maksud seperti perkataan keadilan, kebebasan, kemerdekaan dan hak asasi manusia. Akan tetapi, konsep tersebut berbeza dari segi prinsip dan sempadan yang telah ditentukan oleh hukum Islam dengan teori Barat.

Adapun dalam urusan duniawi pula, terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim RH, katanya:

Ų¹َŁ†ْ Ų£َŁ†َŲ³ٍ Ų£َŁ†َّ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠَّ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ł…َŲ±َّ ŲØِŁ‚َŁˆْŁ…ٍ ŁŠُŁ„َŁ‚ِّŲ­ُŁˆŁ†َ ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ: "Ł„َŁˆْ Ł„َŁ…ْ ŲŖَŁْŲ¹َŁ„ُŁˆŲ§ Ł„َŲµَŁ„ُŲ­َ"، Ł‚َŲ§Ł„َ: ŁَŲ®َŲ±َŲ¬َ Ų“ِŁŠŲµًŲ§ ŁَŁ…َŲ±َّ ŲØِŁ‡ِŁ…ْ، ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ: Ł…َŲ§ Ł„ِŁ†َŲ®ْŁ„ِŁƒُŁ…ْ؟ Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆŲ§: Ł‚ُŁ„ْŲŖَ ŁƒَŲ°َŲ§ ŁˆَŁƒَŲ°َŲ§. Ł‚َŲ§Ł„َ: "Ų£َŁ†ْŲŖُŁ…ْ Ų£َŲ¹ْŁ„َŁ…ُ ŲØِŲ£َŁ…ْŲ±ِ ŲÆُŁ†ْŁŠَŲ§ŁƒُŁ…ْ."

Daripada Anas RA, bahawa pada suatu ketika Nabi SAW melewati seorang pekebun tamar sedang melakukan ‘talqih’ (proses pendebungaan dengan menggunakan debu bunga tamar jantan kepada mayang-mayang yang sedang menjulur). Rasulullah SAW bersabda: ‘Sekiranya kalian membiarkan sahaja, mungkin itu lebih baik.’ Tiba-tiba keluar buah tamar yang tidak baik. Setelah itu, Rasulullah SAW pergi menemui mereka dan bertanya: ‘Apa sudah jadi kepada tamar kalian?’ Mereka memberitahu bahawa hasil yang diperolehi itu tidak baik. Lalu, Rasulullah SAW bersabda: ‘Kalian lebih mengetahui berkenaan urusan kehidupan dunia kalian.’ (Riwayat Muslim 2363)

Imam al-Nawawi RH menegaskan dalam kitabnya, Syarah Sahih Muslim:

“Bahawa semua perkara dan urusan kehidupan dunia hendaklah dirujuk kepada ahlinya yang berilmu dalam urusan tersebut.”

Justeru itu, Imam al-Ghazali RH menyebutkan dalam kitab Ihya’ Ulumiddin pada bab ilmu, bahawa terdapat dua kategori ilmu iaitu ilmu fardhu ‘ain dan ilmu fardhu kifayah. Maka dalam setiap urusan dunia, sesuatu ilmu itu secara umumnya menjadi fardhu kifayah.

Maka, orang yang ahli dalam sesuatu ilmu fardhu kifayah menjadi fardhu ‘ain kepadanya untuk menguasai ilmu tersebut, khususnya dalam keadaan darurat. Allah SWT memberikan suatu amaran yang keras kepada sesiapa yang bercakap tanpa berlandaskan ilmu, sebagaimana firman-Nya:

﴿ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁ‚ْŁُ Ł…َŲ§ Ł„َŁŠْŲ³َ Ł„َŁƒَ ŲØِŁ‡ِ Ų¹ِŁ„ْŁ…ٌ  Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ų³َّŁ…ْŲ¹َ ŁˆَŲ§Ł„ْŲØَŲµَŲ±َ ŁˆَŲ§Ł„ْŁُŲ¤َŲ§ŲÆَ ŁƒُŁ„ُّ Ų£ُŁˆŁ„َŲ¦ِŁƒَ ŁƒَŲ§Ł†َ Ų¹َŁ†ْŁ‡ُ Ł…َŲ³ْŲ¦ُŁˆŁ„ًŲ§Ł£Ł¦﴾

“Dan janganlah engkau mengikuti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (dipersoalkan) kelak tentang apa yang telah dilakukannya.” (Surah al-Isra’: 36)

Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁ‚ُŁˆŁ„ُŁˆŲ§ Ł„ِŁ…َŲ§ ŲŖَŲµِŁُ Ų£َŁ„ْŲ³ِŁ†َŲŖُŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁƒَŲ°ِŲØَ Ł‡َŲ°َŲ§ Ų­َŁ„َŲ§Ł„ٌ ŁˆَŁ‡َŲ°َŲ§ Ų­َŲ±َŲ§Ł…ٌ Ł„ِŲŖَŁْŲŖَŲ±ُŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų§Ł„ْŁƒَŲ°ِŲØَ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁŠَŁْŲŖَŲ±ُŁˆŁ†َ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų§Ł„ْŁƒَŲ°ِŲØَ Ł„َŲ§ ŁŠُŁْŁ„ِŲ­ُŁˆŁ†َŁ”Ł”Ł¦﴾

“Dan janganlah kalian berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kalian: ‘Ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.” (Surah al-Nahl: 116)

Maka, jangan mudah berkata-kata tanpa mempunyai ilmu khususnya dalam perkara agama. Lebih-lebih lagi ketika keadaan darurat, kerana ia boleh merosakkan imej agama sendiri dan membawa kemudaratan ke dalam masyarakat umum khususnya bagi menunaikan kewajipan dalam memelihara nyawa. Sebagaimana yang telah dinaskan dalam al-Quran dan Hadis yang sahih lagi mutawatir.

Para ulama’ khususnya para mufti perlu berijtihad secara berjamaah, jangan memberikan pendapat secara berseorangan kerana masanya tidak sesuai untuk menonjolkan diri masing-masing. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kempen politik bagi memperkecilkan Perdana Menteri mahupun para menteri yang menjalankan tugas ketika tempoh darurat.

Bahkan pada masa inilah, undang-undang darurat yang tegas demi menjaga nyawa manusia mesti dikenakan terhadap mereka yang tidak menghormati kepentingan masyarakat umum, khususnya pengamal media yang menyalahgunakan kebebasan media dalam suasana seperti hari ini. Termasuklah agamawan yang menyanggah pelaksanaan perintah kuarantin, SOP dan pengambilan vaksin sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat awam.

Tugas pakar perubatan dan pihak keselamatan juga menjadi jihad fardhu ‘ain yang besar pahalanya kerana mengorbankan nyawa. Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah RA:

Ų³َŲ£َŁ„ْŲŖُ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ų¹َŁ†ِ Ų§Ł„Ų·َّŲ§Ų¹ُŁˆŁ†ِ؟ ŁَŲ£َŲ®ْŲØَŲ±َŁ†ِŁŠ: "‌Ų£َŁ†َّŁ‡ُ ‌Ų¹َŲ°َŲ§ŲØٌ ‌ŁŠَŲØْŲ¹َŲ«ُŁ‡ُ ‌Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ‌Ų¹َŁ„َŁ‰ ‌Ł…َŁ†ْ ‌ŁŠَŲ“َŲ§Ų”ُ، ŁˆَŲ£َŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų¬َŲ¹َŁ„َŁ‡ُ Ų±َŲ­ْŁ…َŲ©ً Ł„ِŁ„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِŁŠŁ†َ، Ł„َŁŠْŲ³َ Ł…ِŁ†ْ Ų£َŲ­َŲÆٍ ŁŠَŁ‚َŲ¹ُ Ų§Ł„Ų·َّŲ§Ų¹ُŁˆŁ†ُ، ŁَŁŠَŁ…ْŁƒُŲ«ُ ŁِŁŠ ŲØَŁ„َŲÆِŁ‡ِ ŲµَŲ§ŲØِŲ±ًŲ§ Ł…ُŲ­ْŲŖَŲ³ِŲØًŲ§، ŁŠَŲ¹ْŁ„َŁ…ُ Ų£َŁ†َّŁ‡ُ Ł„َŲ§ ŁŠُŲµِŁŠŲØُŁ‡ُ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł…َŲ§ ŁƒَŲŖَŲØَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł„َŁ‡ُ، Ų„ِŁ„َّŲ§ ŁƒَŲ§Ł†َ Ł„َŁ‡ُ Ł…ِŲ«ْŁ„ُ Ų£َŲ¬ْŲ±ِ Ų“َŁ‡ِŁŠŲÆٍ."

Aku bertanyakan Rasulullah SAW berkenaan wabak taun. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya ia adalah azab Allah yang diturunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah jadikannya rahmat kepada orang orang yang beriman. Tiadalah seseorang yang ditimpa wabak taun dan dia menetap dalam keadaan bersabar dengan ikhlas dengan mengetahui itu adalah ketentuan Allah melainkan diberikan kepadanya pahala orang orang mati syahid.” (Riwayat al-Bukhari 3474)

Abu ‘Ubaidah RA dan para sahabat yang terkenal meninggal dunia ketika berlakunya wabak taun amwas pada zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA, maka para ulama’ menegaskan bahawa mereka adalah para syuhada’.

Para ulama’ juga menamakan mereka sebagai golongan para syuhada’ alam akhirat, dan mereka diamankan daripada sebarang fitnah kubur, dengan makna tidak akan disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir. Pada masa yang sama, jenazah mereka yang beroleh ganjaran syahid akhirat diuruskan di alam dunia seperti biasa.

Hal ini menunjukkan bahawa mereka yang berada di barisan hadapan menjalankan tugas jihad fardhu ‘ain, bukan lagi fardhu kifayah. Maka, jangan diganggu tugasan mereka nanti berdosa besar, melainkan mereka yang tidak percaya kepada Hari Akhirat, dosa dan pahala. Hasil pendapatan mereka walaupun banyak, tetapi makanan, pakaian, kenderaan dan kediaman mereka tiada keberkatan di dunia dan mendapat kecelakaan di akhirat.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 14 Syawwal 1442 / 26 Mei 2021

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo