NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Padang Besar, Arau Tolak Pelantikan Azlan




25 APRIL : UMNO Bahagian Padang Besar dan Arau tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyifatkan Menteri Besar Perlis itu tidak layak sama sekali mengetuai UMNO Perlis.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perlis berkata tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyingkirkan Shahidan sebagai langkah yang terdesak dan tidak masuk akal.

“Kami menolak keras pelantikan Azlan. Langkah Ahmad Zahid melantik Azlan hanya bakal menjahanamkan UMNO negeri. Kami UMNO Padang Besar dan Arau menyatakan pendirian jelas menolak pelantikan Azlan, “katanya kepada media, hari ini.

Dalam pada itu, Zahidi Zainul mempersoalkan bagaimana Azlan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kangar boleh dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Besar berkata ini kwrana Parlimen dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Buat apa hendak lantik pemimpin yang kawasannya kalah teruk dalam pilihan raya lalu. Kangar hanya menang dua kerusi DUN daripada lima selain kalah di Parlimen,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menerusi satu kenyataan semalam memaklumkan pertukaran jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkuat kuasa semalam dengan Azlan menggantikan Shahidan.

Beliau merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Shadidan atas komitmennya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau, Salim Dahaman berkata, UMNO bahagian menolak pelantikan Azlan selain menyatakan sokongan penuh kepada Shahidan yang mengetuai UMNO negeri sejak tahun 1995 itu.

“Azlan datang daripada bahagian yang kalah teruk dalam pilihan raya lalu dan tidak layak mengetuai UMNO negeri. Kita akan pertahankan Shahidan,” katanya.

http://www.pnbbcportal.com/2021/04/25/umno-padang-besar-arau-tolak-pelantikan-azlan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo