NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mesyuarat MT Umno capai sepakat gesa parlimen bersidang




Umno hari ini secara formal bersetuju untuk menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN), yang turut dianggotainya, agar menarik semula penggantungan sidang Parlimen.

Perkembangan ini hadir sebulan setelah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat gesaan itu sebagai pengerusi BN, yang menimbulkan kekeliruan setelah kenyataannya dikatakan mirip dengan yang dikeluarkan oleh Pakatan Harapan mengenai isu sama.

Sekretariat BN kemudian menarik balik kenyataan Zahid, dengan mendakwa bahawa ia adalah “kekhilafan”.

Gesaan hari ini bagaimanapun disokong oleh Majlis Tertinggi Umno.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, dalam satu kenyataan, mengatakan bahawa majlis tertinggi parti itu memutuskan untuk menggesa kerajaan membenarkan Parlimen dan semua dewan undangan negeri bersidang semula.


Dia mengatakan ini selaras dengan titah Yang Di-Pertuan Agong bahawa badan perundangan masih dapat bersidang walaupun dalam keadaan darurat.

Agong mengatakan ini mungkin berlaku jika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menasihatinya untuk mengadakan semula Parlimen tetapi kerajaan setakat ini enggan melakukannya.

“Kerajaan tidak boleh dilihat cuba memandulkan amalan demokrasi berparlimen.

“Parlimen dan DUN adalah medan semak dan imbang di kalangan wakil-wakil rakyat agar Kerajaan tidak melakukan sebarang tindakan sesuka hati hingga membelakangkan kepentingan dan kebajikan rakyat yang hari ini berdepan dengan pelbagai kesukaran dan kesempitan melibatkan ekonomi, pengangguran, kos sara hidup rakyat dan harga barang yang meningkat,” kata Ahmad.

Tambah Ahmad, perlu ada akauntabiliti terhadap cara kerajaan membelanjakan dana awam, dengan menyorot bahawa PN telah menggunakan kuasa darurat untuk menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk membeli vaksin.

“Keyakinan dan kepercayaan pelabur terutama dari luar akan terus terhakis sekiranya amalan demokrasi berparlimen ini digantung sehingga tiada lagi aspek good governance dari segi semak dan imbang dalam kerajaan.

“SOP khas harus dibangunkan bagi membolehkan persidangan Parlimen dan DUN dilakukan sebagaimana yang diamalkan di negara-negara seluruh dunia,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo