NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terbit Sukuk Kelestarian Bukti Prestasi Cemerlang Kerajaan




25 APRIL : Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kejayaan Malaysia menerbitkan Sukuk Kelestarian berdaulat yang pertama di dunia dalam dolar semalam membuktikan kecekapan pemimpin dalam menguruskan negara ketika pandemik COVID-19 ketika ini.

Ketua Badan Pimpinan Negeri, Wilayah Persekutuan (BPNWP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya berkata, langkah itu mampu meyakinkan pelabur-pelabur sekaligus memulihkan ekonomi negara dalam tempoh yang pantas.

Menurut beliau, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pengurusan kewangan melibatkan mata wang terbesar dunia.

“Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara itu memberi gambaran bahawa Malaysia tidaklah berdepan krisis ekonomi yang teruk sebagaimana digembar gemburkan sesetengah pihak.

“Saya yakin, kepimpinan negara akan terus melakukan yang terbaik dalam usaha menjamin kelestarian ekonomi meskipun kita belum lagi menang melawan wabak Covid-19 yang terus mengganas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Suhaimi memberitahu dengan maklumat terkini yang dimaklumkan Perdana Menteri itu, sudah pastinya memberi nafas lega kepada pemain industri dalam sektor ekonomi bagi terus bergerak dalam memainkan peranannya menerusi bidang masing-masing.

“Rakyat tidak perlu risau kerana fakta yang diberikan oleh Perdana Menteri berhubung perkara itu pastinya mempunyai keabsahan dan sebagai seorang ketua kerajaan beliau tentunya mahu melihat negara yang sedang dikemudi berada dilandasan yang tepat.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan Terbitan Sukuk Kelestarian Malaysia yang mencatatkan langganan 6.4 kali baru-baru ini membuktikan bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat dalam pengurusan ekonomi ke arah pertumbuhan yang lebih mampan dan kukuh,

Muhyiddin memaklumkan kejayaan kerajaan Malaysia menerbitkan Sukuk Kelestarian berdaulat yang pertama di dunia dalam dolar AS (AS$) dengan jumlah nilai AS$1.3 bilion adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi negara.

Melalui lebihan langganan sebanyak 6.4 kali, saiz terbitan asal dinaikkan daripada AS$1.0 bilion kepada AS$1.3 bilion.

http://www.pnbbcportal.com/2021/04/25/sukuk-kelestarian-berdaulat-bukti-prestasi-cemerlang-kerajaan/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo