Sebelum 'khalass'..

Konflik itu berlaku secara resam dan semulajadi dalam kehidupan. Ia proses tabii dalam mengukur dan menimbang hak dan milikan antara mereka yang berkonflik.

Telah nyata hikmah konflik dalam kehidupan berumah tangga adalah demi mengukuhkan cinta dan tanggung jawab. Manakala keruntuhannya adalah berpunca daripada timbangan dan mizan yang diabaikan.

Konflik politik tidak akan berhenti walau sejenak. Ada hak yang terganggu dan diabaikan. Ada kezaliman dan kesombongan yang dibiarkan.

Seteguh mana Muafakat Nasional telah diusahakan, konflik akan terus berlaku dan kekal menjadi proses peneguhan seterusnya.

Tidak pelik Kerajaan Perikatan Nasional berada di ambang konflik besar hari ini. Ia cantik dan baru. Cantiknya mungkin pula kerana sifat barunya. Ia belum pun teruji ketahanan politiknya. Hak-hak di antara pendirinya masih belum disusun dan ditimbang dengan sebaiknya. Masing-masing sedang menuntutnya.

Bukan salah UMNO menuntutnya. Bukan salah PAS dan Bersatu jika menuntutnya atau mempertahankannya.

Jika kita bermula dengan menuduh yang menuntut itu adalah bersalah, maka akan tertutuplah pintu keadilan bagi mereka yang terasa dianiayai.

Jika kita berat hati untuk ke proses timbang tara, itu pun menjadi kezaliman baru di atas tuduhan kezaliman awal.

Perikatan Nasional, kerajaannya perlu dua kekuatan awal. Berani berubah dan berani berislah diri.

Itu tuntutan demi kelangsungan. Jika tidak, keindahan adalah sekadar kerana sifat barunya. Keindahan pada hari persandingan adalah kepalsuan yang selalu dipuja. Ia lebih meruntuhkan berbanding kelangsungannya.

Ubah atau rebah. Islah atau khalasss...
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post