NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amaran cuaca buruk, hujan lebat di beberapa negeri hingga Selasa depan



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka di beberapa negeri sehingga Selasa depan.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku di Pahang membabitkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin serta di Johor iaitu di Segamat, Mersing dan Kota Tinggi, sehingga hari ini.

"Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka melanda seluruh Kelantan manakala di Terengganu membabitkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang sehingga hari ini.

"Amaran sama turut dijangka berlaku di Terengganu membabitkan kawasan Dungun dan Kemaman, Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran serta di Johor di kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga Selasa," menurut kenyataan itu.– BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo