NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin Kekal Dapat Sokongan Majoriti Rakyat Zon Pantai Timur Pinggir Bandar


Secara keseluruhan, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menjadi pemimpin utama pilihan rakyat meliputi pelbagai kaum, peringkat umur dan juga kategori pendapatan dari zon Pantai Timur pinggir bandar diikuti dengan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim

PECAHAN KAUM
Dapatan kaum Melayu adalah konsisten dengan dapatan secara umum, iaitu 63% pilihan utama responden ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaubagaimanapun, responden Cina dan India cenderung memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon ketua pilihan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kaum Melayu: Tan Sri Muhyiddin Yassin (1) Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (2)
Kaum Cina & India: Tan Sri Muhyiddin Yassin (1) Datuk Seri Anwar Ibrahim (2)


KUMPULAN PENDAPATAN ISI RUMAH
Pemimpin pilihan rakyat bagi golongan pendapatan isi rumah B40 dan M40 adalah konsisten dengan dapatan umum, iaitu pilihan utama ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sedikit berbeza adalah kepada T20 di mana pemimpin pilihan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Dato’ Seri Najib Razak

B40 & M40: Tan Sri Muhyiddin Yassin (1) Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (2)
T20: Tan Sri Muhyiddin Yassin (1) Dato’ Seri Najib Razak (2)


KUMPULAN UMUR
Semua kategori umur memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin utama pilihan dan pemimpin kedua pilihan adalah Dato’ Haji Abdul Hadi Awang


Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh layari website QGA: https://qgenanalysts.org/publications/

#QGenAnalysts
#GeneratingImpactfulResearch





No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo