NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada lagi sekatan rentas negeri mulai 7 Disember

BANGI, 19 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Sabah dan sebahagian besar Selangor dilanjutkan mulai 7 Disember sehingga 20 Disember, kata Menteri Kanan (Kluster Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor adalah daerah di Selangor yang tidak lagi dikenakan PKPB,” katanya.

PKPB di sebahagian besar Pulau Pinang, Perak dan Kelantan juga akan berakhir namun beberapa kawasan (Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah) masih di bawah PKPB, susulan analisis risiko dari Kementerian Kesihatan.

Ismail Sabri berkata demikian dalam sidang media harian COVID-19, sebentar tadi.

Beliau juga memaklumkan bahawa mulai 7 Disember, tidak akan ada lagi sekatan jalan raya di sempadan negeri dan daerah.

Katanya, orang ramai dibenarkan melakukan perjalanan antara negeri kecuali kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Beliau berkata, sekarang polis akan lebih menumpukan kepada pematuhan SOP.

Penumpang di dalam kenderaan juga tidak terhad dan akan mengikut kemampuan kenderaan. 

Selangor dan Kuala Lumpur berada di bawah PKPB sejak 14 Oktober.

Sabah dan Labuan telah ditempatkan di bawah perintah yang sama sejak 13 Oktober dan 17 Oktober. 

Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan turut dikenakan PKPB bermula dari 9 November sementara Kelantan dikuatkuasakan pada 21 November.

Sumber: https://ismaweb.net/2020/12/05/tiada-lagi-sekatan-rentas-negeri-mulai-7-disember/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo