Najib Sindir dan Saran Kerajaan Beli Vaksin Covid-19 Melalui Lim Kit Siang

Kos vaksin Penasihat DAP, Lim Kit Siang adalah paling rendah di seluruh dunia, sindir bekas perdana menteri, Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu menyarankan supaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) menawarkan harga vaksin pada harga RM30 seorang kepada Kit Siang untuk membekalkan vaksin bagi 21.7 juta penduduk termasuk kos penyimpanan, pengangkutan dan edaran.

"Jadi, saya saran kerajaan PN untuk tawarkan harga vaksin RM30 seorang kepada Kit Siang untuk membeli vaksin bagi 21.7 juta penduduk termasuk kos penyimpanan, pengangkutan dan edaran.

KIT SIANG BAKAL UNTUNG RM49 BILION. Gang salah titik perpuluhan dan akauntan gagal faham ramai Rakyat senang...

Posted by Najib Razak on Monday, 21 December 2020

"Biar Kit Siang peluang mengaut keuntungan RM7 setiap orang memandangkan kos Kit Siang cuma RM23 seorang.

"Untuk 21.7 juta orang, Kit Siang dah boleh untung RM152 juta. Cukup untuk tunaikan janji dia nak bersara jika (Dr) Mahathir (Mohamad) tak beri Anwar (Ibahim) jadi perdana menteri (PM)," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menyangkal kenyataan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berhubung perbandingan kos vaksin Pfizer yang perlu dibayar negara.

Menjelaskan persoalan pemimpin veteran DAP hari ini, Khairy berkata peruntukan RM3 bilion yang disediakan kerajaan untuk mendapatkan vaksin itu adalah untuk kira-kira 70 peratus warga Malaysia.

“RM3 bilion merupakan anggaran keseluruhan kami untuk dapatkan bekalan sekurang-kurangnya untuk 70 peratus daripada penduduk. Kenyataan anda adalah tidak tepat,” ciapnya di Twitter hari ini.

Terdahulu, Lim mempersoal mengapa kerajaan memerlukan RM3 bilion untuk mendapatkan vaksin untuk 6.4 juta rakyat Malaysia.

Dia membuat perbandingan dengan pendedahan menteri dari Belgium bahawa harga vaksin tersebut 20 kali ganda lebih murah daripada harga sebenar.

Sebelum ini, agensi berita Reuters melaporkan syarikat farmaseutikal dari Amerika Syarikat, Pfizer mengadu pelanggaran kerahsiaan selepas seorang ahli politik di Belgium yang mendedahkan harga setiap dos vaksin Covid-19 yang ditempah oleh negara tersebut.

Dalam pada Najib berkata, disebabkan kos vaksin Kit Siang adalah paling rendah dalam dunia, pasaran yang terbuka pada pemimpin DAP kerana dunia amat mengharap vaksin sekarang.

"Saya pelik kenapa geng salah titik perpuluhan dan akauntan gagal ini boleh berkali-kali salah matematik 'simple'.

"Saya lagi pelik kenapa penyokong-penyokong mereka tetap percaya secara bulat segala penipuan geng DAP ini walaupun telah berkali-kali dikencing mereka," katanya.

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post