NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan mesyuarat MT UMNO : Kerajaan PN Perak harus dikekalkan




KENYATAAN MEDIA

Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO pada 7 Disember 2020 telah memutuskan bahawa tarikh untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri adalah pada 1, 2 dan 3 Januari 2021 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Ianya akan diadakan secara serentak di 191 Bahagian dan akan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian masing-masing. Untuk kawasan PKPB dan PKPD bolehlah diadakan secara maya. Kehadiran adalah secukup korum iaitu satu perempat daripada jumlah wakil yang berhak hadir.

Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pada 30 Januari 2021 (Sabtu) dan Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari 2021 (Ahad). Ianya akan diadakan di PWTC dengan kehadiran yang terhad dan juga akan dibuat secara maya.

Mesyuarat MKT juga telah membincangkan tentang senario politik Negeri Perak. Mesyuarat memutuskan agar Kerajaan Perikatan Nasional Perak yang melibatkan ADUN UMNO, PAS dan PPBM perlu terus dipertahankan.

DATUK SERI AHMAD BIN MASLAN
SETIAUSAHA AGUNG UMNO
7 DISEMBER 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo