NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akhirnya Hutang Kelantan FC Kepada Cassio Selesai


KOTA BHARU, 21 Dis -- Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) sudah melunaskan sepenuhnya tunggakan gaji bekas pemain import skuad The Red Warriors (TRW) Cassio Francisco de Jesus.

Penasihat Undang-Undang Kelantan FC Shairuz Sheffie melalui hantaran di laman Facebook rasmi pasukan itu, Kelantan FC berkata kelab itu telah berjaya menyelesaikan banyak hutang tertunggak dalam tempoh tiga bulan terakhir ini.

"Kami kini sedang menyelesaikan hutang-hutang pemain yang telah membuat laporan kepada FIFA. Salah satunya pemain adalah Cassio Fransisco yang jumlah hutang tertunggak keseluruhan adalah US$155,794.51 (RM679,263.20)," katanya.

“TRW ingin mengumumkan bahawa kami telah memperoleh tawaran dari Mr Cassio dan beliau telah bersetuju untuk menerima pembayaran penuh dan terakhir sebanyak US$149,500.00,” katanya.

Berdasarkan kepada kenyataan rasmi dan surat kepada pejabat peguam Cassio iaitu Messrs Fahmi Zhafri Ashraf & Co yang dilampirkan dalam hantaran Facebook itu, tunggakan itu dilunaskan menerusi empat kali pembayaran.

Pembayaran pertama dibuat pada 9 Sept lepas dengan pembayaran sebanyak RM105,000 dan diikuti pembayaran kedua pada 13 Sept (RM189,000), 15 Dis (RM30,487.59) serta 17 Dis (RM288,145.00).

Sebelum ini media melaporkan KAFA membuat permohonan bagi membawa isu tunggakan gaji bekas pemain import pertahanan dari Brazil itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS)

Pasukan Kelantan ketika ini dimiliki oleh seorang ahli perniagaan iaitu Norizam Tukiman selepas  membeli pasukan itu daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada September lepas.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo