NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tusukan Berbisa DAP Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim


Macam tak percaya pula yang strategis dan pemimpin DAP, Dr Ong Kian Ming, kini sudah begitu berani sekali untuk menikam belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah jadi bahan ketawa ramai orang kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 September lalu bahawa beliau sudah ada “STRONG, FORMIDABLE and CONVINCING majority" di Parlimen.

Hari ini, 21 Disember, Dr Ong Kian Ming pula secara terbuka menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan istilah sama yang beliau gunakan itu, iaitu “STRONG, FORMIDABLE and CONVINCING”.

Kata Dr Ong Kian Ming, bukan “STRONG, FORMIDABLE and CONVINCING majority” yang perlu diusahakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi “STRONG, FORMIDABLE and CONVINCING opposition”.
Kepada para pengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam PKR, malah sesetengahnya di dalam DAP dan AMANAH juga, silalah baca, faham dan hadam betul-betul mesej pedas DAP kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim: 

“Walaupun saya menentang keras cara dalam mana Kerajaan PN ditubuhkan, hakikatnya adalah kerajaan baru yang akan menggantikan Kerajaan PN TIDAK mungkin akan mempunyai majoriti besar dan akan dibelenggu oleh ancaman 'peras ugut' politik yang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sedang hadapi daripada pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO. Suka atau tidak, satu lagi perubahan dalam Kerajaan Persekutuan yang tidak melalui cara pilihan raya akan lebih mentidakstabilkan lanskap politik di Malaysia. Ia juga akan memberikan kesan negatif kepada pemulihan ekonomi yang baru tumbuh, menjauhkan lagi keyakinan pelabur kepada negara dan berpotensi mengganggu pelancaran pelan-pelan berkaitan COVID yang telah diasaskan. Kita perlu biarkan pengundi putuskan siapa Kerajaan Persekutuan seterusnya dalam Pilihan Raya Umum seterusnya.” 

(Petikan asal: “As much as I STRONGLY OBJECT to the manner in which this PN government was formed, the truth of the matter is that a new government that would replace the PN government would likely NOT have a sizable majority and would be beset by the same threats of political ‘blackmail’ which Prime Minister Muhyiddin Yassin is currently facing from certain leaders from UMNO. Like it or not, another change in the federal government through non-electoral means will further destabilize the political landscape in Malaysia. This will also negatively affect the nascent economic recovery, drive investor confidence in the country down further and potentially disrupt the COVID related rollout plans which have been put in place. We should let the voters decide on the next federal government at the next general elections.”)

Jika masih tak faham juga apa mesej DAP selepas membaca pesanan Dr Ong Kian Ming ini, silalah hantuk kepala anda ke dinding šŸ˜

Tulisan penuh Dr Ong Kian Ming boleh dibaca di sini: 

https://www.facebook.com/398656786856054/posts/3589584264429941/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo