NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Maszlee tarik diri dari jawatankuasa penaja parti Pejuang




AHLI Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik, hari ini memutuskan akan menarik diri daripada jawatan penaja penubuhan Parti Pejuang Tanah Air, yang diasaskan bekas pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad.

Bekas menteri pendidikan itu berkata keputusan itu dibuat berdasarkan “dapatan fakta” melalui “kajian lapangan dan tinjauan terperinci” terhadap “aspirasi dan kehendak rakyat terbanyak”.

“Saya yakin rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mahu tumpu kepada membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19, khususnya di Simpang Renggam.

Terdahulu, persoalan timbul apabila kenyataan Pejuang pada 1 Nov hanya menyenaraikan nama 4 ahli Parlimen iaitu Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir, Amiruddin Hamzah, dan Shahruddin Md Salleh.

Mazlee, yang dikatakan penyokong Mahathir, antara pemimpin PPBM yang keahlian “terhenti” kerana bersama pembangkang pada sidang Dewan Rakyat 18 Mei lalu.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo