- Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, mekanisme penguatkuasaan yang memantau perkara itu sememangnya telah wujud dan pelaksanaannya hanya perlu diteruskan sebaik mungkin bagi melindungi masyarakat.
- “Penguatkuasa sudah ada dan tugas mereka adalah menangkap, manakala kumpulan (warga asing) ini pula sekadar berniaga untuk meneruskan hidup. Undang-undang sedia ada saya rasa sudah jelas dan biarlah ia dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.
KUALA LUMPUR – Undang-undang sedia ada di negara ini disifatkan sebagai sudah memadai bagi menangani dakwaan berlakunya taktik warga asing yang mengahwini wanita tempatan untuk memanipulasi pemilikan lesen perniagaan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, mekanisme penguatkuasaan yang memantau perkara itu sememangnya telah wujud dan pelaksanaannya hanya perlu diteruskan sebaik mungkin bagi melindungi masyarakat.
Beliau menjelaskan, isu tersebut juga perlu dilihat secara objektif dan rasional sekiranya ia melibatkan proses perkahwinan yang sah.
“Penguat kuasa sudah ada dan tugas mereka adalah menangkap, manakala kumpulan (warga asing) ini pula sekadar berniaga untuk meneruskan hidup. Undang-undang sedia ada saya rasa sudah jelas dan biarlah ia dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi.
Beliau diminta mengulas berhubung isu warga asing yang memperdaya serta mengahwini wanita tempatan semata-mata untuk memanipulasi lesen perniagaan dan status di negara ini.
Jelas Nadzim, desakan kelangsungan hidup menyebabkan golongan terbabit terpaksa mencari jalan untuk berniaga dan penutupan ruang ekonomi secara total tanpa pertimbangan dibimbangi hanya akan mencetuskan masalah jenayah baharu seperti kecurian.
Sehubungan itu, Nadzim menggesa masyarakat agar mempunyai prinsip yang jelas dengan menilai isu lambakan serta survival warga asing di negara ini secara lebih munasabah, terbuka dan berteraskan nilai keadilan serta kemanusiaan.
Menyentuh mengenai konteks kemanusiaan yang lebih luas, beliau menarik perhatian kepada sejarah negara yang sebelum ini pernah menerima kehadiran pelarian dari pelbagai negara termasuk pelarian Vietnam suatu ketika dahulu atas dasar belas ihsan.
Beliau menjelaskan, pertimbangan terhadap lambakan warga asing yang memasuki negara ini wajar mengambil kira faktor kelangsungan nyawa terutamanya bagi mereka yang terpaksa melarikan diri daripada kancah peperangan dan penindasan di negara asal.
Nadzim turut menyelar tindakan kuasa besar tertentu yang rakus memanipulasi sistem dunia mengikut kehendak mereka, sambil mengingatkan agar negara ini tidak terbawa-bawa dengan takrifan keadilan pihak luar.
“Jadi kita kena balik pada asas, mana arah tuju keadilan kita yang kita perlu lihat secara jelas. Kalau tidak jelas, maka kita akan melalui pelbagai pandangan yang tidak ada apa-apa pegangan,” tegasnya mengenai keperluan pendirian yang teguh.
Nadzim menegaskan, prinsip kehidupan dan pemahaman yang jelas terhadap undang-undang amat penting bagi memastikan masyarakat tidak sewenang-wenangnya menyokong sebarang bentuk kezaliman, penipuan mahupun penindasan tanpa usul periksa. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment