NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warga asing umpan wanita tempatan demi status warganegara, lesen niaga: ‘Undang-undang sedia ada cukup, cuma perlu dilaksana’ – PPIM



  • Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, mekanisme penguatkuasaan yang memantau perkara itu sememangnya telah wujud dan pelaksanaannya hanya perlu diteruskan sebaik mungkin bagi melindungi masyarakat.
  • “Penguatkuasa sudah ada dan tugas mereka adalah menangkap, manakala kumpulan (warga asing) ini pula sekadar berniaga untuk meneruskan hidup. Undang-undang sedia ada saya rasa sudah jelas dan biarlah ia dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.

KUALA LUMPUR – Undang-undang sedia ada di negara ini disifatkan sebagai sudah memadai bagi menangani dakwaan berlakunya taktik warga asing yang mengahwini wanita tempatan untuk memanipulasi pemilikan lesen perniagaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, mekanisme penguatkuasaan yang memantau perkara itu sememangnya telah wujud dan pelaksanaannya hanya perlu diteruskan sebaik mungkin bagi melindungi masyarakat.

Beliau menjelaskan, isu tersebut juga perlu dilihat secara objektif dan rasional sekiranya ia melibatkan proses perkahwinan yang sah.

“Penguat kuasa sudah ada dan tugas mereka adalah menangkap, manakala kumpulan (warga asing) ini pula sekadar berniaga untuk meneruskan hidup. Undang-undang sedia ada saya rasa sudah jelas dan biarlah ia dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi.

Beliau diminta mengulas berhubung isu warga asing yang memperdaya serta mengahwini wanita tempatan semata-mata untuk memanipulasi lesen perniagaan dan status di negara ini.

Jelas Nadzim, desakan kelangsungan hidup menyebabkan golongan terbabit terpaksa mencari jalan untuk berniaga dan penutupan ruang ekonomi secara total tanpa pertimbangan dibimbangi hanya akan mencetuskan masalah jenayah baharu seperti kecurian.

Sehubungan itu, Nadzim menggesa masyarakat agar mempunyai prinsip yang jelas dengan menilai isu lambakan serta survival warga asing di negara ini secara lebih munasabah, terbuka dan berteraskan nilai keadilan serta kemanusiaan.

Menyentuh mengenai konteks kemanusiaan yang lebih luas, beliau menarik perhatian kepada sejarah negara yang sebelum ini pernah menerima kehadiran pelarian dari pelbagai negara termasuk pelarian Vietnam suatu ketika dahulu atas dasar belas ihsan.

Beliau menjelaskan, pertimbangan terhadap lambakan warga asing yang memasuki negara ini wajar mengambil kira faktor kelangsungan nyawa terutamanya bagi mereka yang terpaksa melarikan diri daripada kancah peperangan dan penindasan di negara asal.

Nadzim turut menyelar tindakan kuasa besar tertentu yang rakus memanipulasi sistem dunia mengikut kehendak mereka, sambil mengingatkan agar negara ini tidak terbawa-bawa dengan takrifan keadilan pihak luar.

“Jadi kita kena balik pada asas, mana arah tuju keadilan kita yang kita perlu lihat secara jelas. Kalau tidak jelas, maka kita akan melalui pelbagai pandangan yang tidak ada apa-apa pegangan,” tegasnya mengenai keperluan pendirian yang teguh.

Nadzim menegaskan, prinsip kehidupan dan pemahaman yang jelas terhadap undang-undang amat penting bagi memastikan masyarakat tidak sewenang-wenangnya menyokong sebarang bentuk kezaliman, penipuan mahupun penindasan tanpa usul periksa. – The Merdeka Times






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Kes pendatang asing ni dah jadi byk hal,
    Ni semua kerana kendalian yg salah oleh pehak kerajaan, dan masyarakat pula byk yg jahil ..

    Di Trg tu dah ada bebudak pergi pukul pendatang asing, .. bagus ler tu.. nanti biar dunia tengok sikap orang mesia nih.
    Bila kendalian tak ken, msyarakat bodoh mudah dihasut media, maka jadi la apa yg terjadi.

    Pelarian ni ikut undang² mesia, mereka tu tak leh kerja, takleh ambil lesen memandu, takleh sekolah kerajan, takleh ada rumah,... undang² apa kejadh nih sebetul nya? Ni ikut lunas² islam ke atau apa? Takke tu sama mcm kata yg mereka takleh serba takleh termasuk makan?

    Dalam ugama aku ada ajar yg jika jiran kebulur & kita ni berlambak makanan maka susah nak masuk syurga.

    Berpuluh² ribu merek tu, kalau satu du ada buat silap tu biasa la.. nak emosi buat apa?
    Kat umh aku ada keluarga rohinya...dua anak dah tamat tahfiz.. ok je..

    Melayu nih dah ada budaya donut trump maga agaknya? Atau budaya tommy robbinson yg serang pekerja imigran di kedai waktu kerja?

    Kalau yg salah tu pehak yg tadbir negara.. pergi la marah dgn mereka,..
    Oh ya.. tu yg dulu katany ramai pelancong yg masuk tapi tak keluar yg berjumlah juta² tu mcm mana? Tak nak pergi terjah ke wahai pehak media dan kaki kepuh semua?

    Jarum halus tu tajam, tertusuk otak boleh jadi biol tau.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo