Perkara yang paling penting sekarang ni bukanlah isu politik. Akan tetapi isu survival hidup, pengangguran yang teruk disebabkan pandemik dan sebagainya.
Sebab itulah kita saksikan di hadapan mata kita isu scammer. Ramai yang gelojoh untuk mengeluarkan diri daripada alam kemiskinan, lantas terjebak ke dalam dunia scammer.
Kita juga saksikan masyarakat semakin fanatik ‘menyembah duit’. Duit dianggap segala galanya dalam hidup anak muda hari ini. Bukannya politik. Kursus atau seminar strategi untuk cari duit lebih digilai berbanding kuliah kuliah agama.
Mungkin kerana mereka melihat agama itu tak menyelesaikan isu kemiskinan, sebaliknya orang agama sendiri ada yang mencari duit dengan bermodalkan agama.
Bagi saya, inilah masanya untuk orang orang PAS dan kepimpinannya menyegarkan semua idea idea dalam ‘Dokumen Hijau’ yang semakin dipandang sepi.
Untuk mengembalikan manusia kepada melihat penyelesaian isu ekonomi cara Islam. Mengembalikan manusia kepada hidup beragama, di saat dunia penuh dengan materialism.
Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil Jumaat 16 Oktober 2020
No comments
Post a Comment