Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al Fathani (1856-1908) antara pemikir Islam yang sarat dengan idea-idea yang power. Beliau merupakan guru kepada Tok Kenali dan mempunyai hubungan yang kuat dengan Sultan Abdul Hamid II (Khilafah Uthmaniah)
Antara idea yang dilontarkan oleh beliau dalam menghuraikan konsep politik Islam ialah keperluan membaca gerak geri musuh. Seorang pemerintah bukan sahaja perlu pandai bermain senjata, tetapi pandai juga menghidu gerak geri dan strategi/muslihat musuh.
Idea beliau ini turut merangkumi idea Imam al Ghazali yang meletakkan keperluan terhadap kekuatan politik bagi memastikan bukan sahaja ibadat khususiyah dapat dilakukan, tetapi juga kehidupan bermuamalat atau bersosiap secara syariah dapat ditegakkan sepertimana kata-katanya;
Ų§ŁŲ°ŁŁ Ų£Ų³ ŁŲ§ŁŲ³ŁŲ·Ų§Ł ŲŲ§Ų±Ų³ ، ŁŁ
Ų§ ŁŲ§ Ų£Ų³ ŁŁ ŁŁ
ŁŲÆŁŁ
ŁŁ
Ų§ ŁŲ§ ŲŲ§Ų±Ų³ ŁŁ ŁŲ¶Ų§Ų¦Ų¹
Hari ini kita berhadapan dengan perang pemikiran. Sudah pasti bagi mereka yang ada kesedaran untuk melawan musuh, perlu untuk mendalami serangan pemikiran dan ideologi yang banyak meracuni pemikiran Umat Islam hari ini.
Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil Selasa 20 Oktober 2020
No comments
Post a Comment